Saturday, April 30, 2011

budak baru belajar

assalamualaikum..
harap2,korang xbosan membaca entry aku kali nih..kalau bosan pun,xpa la,nak buat macam mana,aku tak boleh la nak puaskan hati semua orangkan...entry kali nih,berkisar mengenai lesen kereta lagi....mungkin ada yg dah
"meluat" (loghat utara) bila baca entry pasal lesen kereta nih..tapi xpa la,xkisah pun...kepada yang sudi membaca aku ucapkan terima kasih banyak-banyak,lain kali jenguk la lagi... :)

entry nih berkisar mengenai latihan kereta bersempena lesen L kelas D aku...aku pun tak tahu,kenapa harini aku jadi teruk sangat..latihan sebelum-sebelum nih ok ja..kalau ada peratus la kan,aku cuma bagi 70% ja untuk latihan harini.lagi 30% hilang,tanpa dapat dikesan..

memang sangat-sangat tak puas hati,sebab latihan sebelum nih aku boleh buat dengan baik,tapi harini tak seperti latihan sebelum ni..kenapa aku kata macam tuh??sebab

  1. latihan sebelum ni,bila kat lampu isyarat,enjin kereta tak akan mati,kalau mati pun hanya kadang2 ja,tapi hari nih boleh dikatakatan 2 kali enjin mati berturut2... 
  2. enjin kereta boleh mati  masa dekat selekoh,selalu kat selekoh ok ja,tapi hari ni,dia boleh mati...nasib la pemandu kereta di belakang aku tuh pro(dikategorikan pro la juga) sebabnya dia boleh menyelit di lorong sebelah kiri yg sempit tuh masa enjin kereta yg aku pandu tuh mati sambil tersenyum melihat aku...
  3. aku beri isyarat untuk belok terlalu awal,ada juga yang terlalu lewat...
  4. masa dalam litar,latihan mendaki bukit asyik salah ja...kadang2 terlebih tiang,kadang2 xsampai tiang...yg lebih menyakitkan hati masa nak turun ,enjin boleh mati secara tiba2...
  5. tersalah masuk gear....nih memang membuatkan aku geram,berapa kali,aku tersilap masuk gear..nak tukar gear 1,aku tukar gear 3..nak masuk gear riverse aku,masuk gear 4...

    nah,hari nih punya latihan,aku buat sampai 5 kesalahan...3 kesalahan di jalan raya,2 kesalahan di litar...kalau masa ujian JPJ nanti aku buat macam ni,memang konfirm aku kandas la.....nasib la cikgu yang ajar aku tuh tak naik angin...huhu...

    pa yang penting aku dah berjaya buat parking tanpa terlanggar tiang....:)....

Thursday, April 28, 2011

hidup aku , memoir aku

baru aku sedar,rupa-rupanya dah hampir 18 tahun aku hidup di dunia nih,dan pelbagai gelagat dan ragam manusia aku kenal...
(1993-2011)
detik 19 JUN 1993 jam xdapat di pastikan bertempat di hosp.besar kangar / hosp.tuanku fauziah aku dilahirkan..kemudian aku diazankan oleh ayah aku sendiri...kemudian aku diberi dgn pelbagai nama oleh ahli keluargaku,akhirnya 1 nama telah dipersetujui ramai pihak..maka sebab itulah aku diberi nama 
TZSTMY.....aku dibesarkan dalam keluarga yang sederhana sahaja hidupnya..aku xpernah rasa bagaimana rasanya hidup mewah..bila org yg baru kenal aku,mentaliti diorang terhadap aku ialah aku anak org kaya,sebab nama aku bermula dengan TENGKU...aku hairanlah,kalau nama tengku,dia orang kaya ka??setahu aku tengku tuh hanya la keturunan atau kerabat diraja..tapi xbermaksud hidup aku macam raja...hidup aku macam insan normal yg lain,tinggal di rumah yg biasa, rumah pondok ja...aku belajar di sekolah biasa,sekolah di luar bandar..
sejak kecil aku diajar oleh ibu bapaku untuk berdikari..aku tak kisah dengan semua tuh,sebab dari situ aku tahu macam mana sukarnya ibu bapa aku cari duit demi sesuap nasi untuk anak-anaknya..

sekarang aku nak cerita mengenai alam persekolahan aku...
(1998-1999)
.masa umur aku 5 tahun,mak aku masukkan aku ke tadika montessori putra putri,aku belajar kat sana sampai la umur aku 6 tahun...masa ni  cara percakapan aku xselancar org lain..sebab aku ada masalah dalam pertuturan..jadi masa tadika aku ditempatkan di kelas yg plg bawah,sebab cakap xberapa nak lancar..kesian kat aku kan??

(2000-2005)
masa umur aku 7 tahun,aku mula masuk ke alam persekolahan.alam persekolahan aku bermula di Sekolah Tengku Budriah,Arau...masa darjah 1 - darjah 3 aku berada di kelas MELUR,kelas nombor 4 kat sekolah tuh..aku xpandai,jadi xlayak la nak duk kelas A,ditambah pula dengan masalah pertuturan aku..aku dilahirkan gagap..jadi masa sekolah rendah,memang aku malu nak berinteraksi dgn org..aku lebih suka menyendiri..bila naik tahun 4,aku ditukarkan ke kelas Anggerik atau Pintar,kelas nombor 2 kat STB..aku duk kat kelas tuh sampai la aku darjah 6 dan ambil UPSR..5 tahun aku belajar di alam sekolah rendah...macam2 ragam kawan-kawan aku kenal..biasalA masing2 dgn perangai budak2...

(2006-2010)
bermulanya alam sekolah menengah..orang kata alam sekolah menengah ni susah dan mencabar...bagi aku,kalau hidup tiada cabaran,bukan namanya hidup la...disebabkan keputusan UPSR tak cemerlang,aku
"dikehendaki" melapor diri di Sekolah Menengah Kebangsaan Arau....sebuah sekolah biasa di tepi lebuhraya changlon - kuala perlis.....aku ditempatkan di kelas 1 bijaksana..kelas nombor 2 lagi...bila nak duk kelas nombor1 xtau..haha..masa ni baru la aku mula keluar dari dunia aku..bergaul dgn kawan2,masuk pertandingan dan macam2 la...maasa ditingkatan 2,sebab aku nih terlebih cerdik,cikgu tukarkan aku ke kelas 2 cekal,kelas nombor 3..bersama2 7 org kawan aku,kami ni mangsa keadaan..huhu..memang tertekan yg amat sangat,tapi belajar kelas tuh memang enjoy...apakan daya masa ditingkatan 3 aku ditukarkan lagi ke 3 bijaksana...hidup aku disekolah,asyik berpindah randah sahaja..masa nih aku tetap mengalami masalah pertuturan,tapi aku cuba nak hilangkan gagap tuh..masa ni juga la aku diberi kepercayaan sbg pengawas sekolah selama 3 tahun,bermula masa aku berada di tingkatan 3...tingkatan 3,aku terpaksa "bercinta" dengan PMR(08)...masa di tingkatan 3,aku dapat pengiktirafan dari phk sek untuk Anugerah M/P Terbaik bagi Bahasa melayu..syukur alhamdulilah,dan aku juga tersenarai dalam rangking 25 pelajar terbaik tingkatan 3..mungkin itu semua rezeki aku....ALHAMDULILAH....

lepas PMR masuk tingkatan 4,kawan2 ramai pindah pergi teknik..tapi aku masih di sekolah yg sama..sebab keputusan PMR yg sangat cantik aku berada di kelas 4prinsip akaun 2..kelas nombor 2 kat sek...apala nasib aku nih,dari sekolah rendah sampai menengah,kelas nombor 2 ja pilih aku..sedih betul..nama pun kelas akaun kan,kena la jumpa "best friend" aku..add math dan akaun..haha..masa nih,gagap aku dah berkurangan,alhamdulilah,masa di tingkatan 4 dan 5 aku tersenarai dalam rangking 30 pelajar terbaik...aku juga terpilih dalam prog.keluarga angkat kepada ckg2 kat sek aku.aku dapat seorang ayah angkat dan mak angkat untuk subjek bahasa melayu dan ekonomi asas..2010 aku kena bercinta lagi dengan SPM...alhamdulilah,keputusan pun dah keluar,..aku dapat result yang teramat-amat cantik sekali...

(2011)
aku dah xpergi sekolah..aku menjadi penganggur terhormat..haha...tapi jeles tengok org p sek...haha...aku rindu nak pegang pensil dan menulis ....kasihan kan???huhu....sekarang aku menunggu tawaran untuk menyambung pengajian..doakan aku ok...


p/s:ini hanya la coretan aku..tiada kena-mengena dengan sesiapun..hanya diri aku sahaja....
   HIDUP AKU , MEMOIR AKU.....

Monday, April 25, 2011

kawan itu kadang kala ibarat" bola ragbi"

subjek BAHASA MELAYU jadi penyatu persahabatan kita,

ADD MATH , MATH dan ADD SC mengeratkan kita bersama,

suntikan semangat tentulah PENDIDIKAN ISLAM,

terima kasih kepada negara merdeka kerana SEJARAH,

PRINSIP AKAUN kita saling memerlukan,

BAHASA INGGERIS dijadikan persaingan,

EKONOMI ASAS wujudkan keakraban,

SAINS menjernihkan ikatan,

semoga hasrat kita tercapai di masa akan datang.....

Friday, April 22, 2011

kawat rata negeri!!!!!!!

  assalamualaikum
hai semua,harap semua berada dlm keadaan sihat...
ntah kenapa la tetiba ja aku tulis tajuk tuh...mungkin sebab aku teringat kat ckg add math aku kot..haha...sebab ckg nih,pantang dgr kena pergi kem,sebab kalau pergi kem mesti la tertinggal subjek yg dia ajar kan..jadi dia pun akn sebut ayat ni
      "ha ,p la kawat rata negeri ..xyah duk belajar..asyik keluar p kem ja...."
hahA,yang peliknya dia xtujukan kata-kata tu kat semua org...ada gak budak kelas aku yg selalu juga terlibat dgn aktiviti luar kelas,tapi dia buat xkisah ja....tapi kalau aku dgn kawan aku,mesti kena punya dgn ayat tuh..pergh mmg menusuk perasaan la...tapi sabar je la kan....CIKGU KAN CIKGU.....

____________________________________________________________________________________

cerita sebenar bermula disini..yg atas tuh sebagai muqadimah untuk permulaan cerita....

disebabkan masa sekolah dulu aktif dgn KRS,dan dianugerahkan pangkat yg xberapa nak tinggi,jadi hari ni,aku dgn kawan aku,pergi la sekolah jadi jurulatih sementara untuk pasukan kawad KRS sek kami..kira macam pergi menabur bakti la,dalam lirik lagu sekolah pun ada sebut

                                Kami SMKAr 
                                sentiasa BERBAKTI
                                kepada nusa dan bangsa
                                kami korbankan jiwa

                                kami SMKAr
                                menuju kejayaan
                                kepada ayah dan bonda 
                                tidak kami lupakan

                                BERFIKIR , BERILMU 
                                BERCANDA MEMBINA MINDA
                                BERFIKIR , BERILMU
                                BERCANDA MEMBINA MINDA
                                
                                 Kami SMKAr 
                                 sentiasa BERBAKTI
                                 kepada nusa dan bangsa
                                 KAMI AKAN BERJASA
                                 KAMI AKAN BERJASA

cuba hayati lirik tuh,dalam tuh pun ada disebut mengenai BERBAKTI,jadi masa ni la kami gunakan untuk ajr adk2 KRS nak kawat...
sebenarnya kawat ni best,tapi tadi nih,letih sikit la,sebab dah lama xkawat,jadi fitness pun slow la..huhu...tapi xpa,demi adk2 kami kuatkan juga...tadi ajr diorang kawad dari pukul 4.30-6.30 ptg la..kesian kat diorang kena kawat tgh panas..hehe....
kali ni kami menggunakan KELEMBUTAN..dah xgunakan KEKERASAN macam yg kami lalui dulu...wah bertuahnya adk2 ni dapat kakak -kakak senior yg baik..haha....

akhirnya terubat juga rindu aku nak kawat..hehe....
  " KRS NO GIVE UP,KRS NOMBOR 1 .......KRS ,BOLEH !!!.......KITA BAKO"
(sedikit daripada petikan tepuk2 yg diajar kpd bdk2 KRS..).

Thursday, April 21, 2011

aku masih keliru

 assalamualaikum dan salam sejahtera semua...
harap semuanya berada dalam keadaan sihat hendaknya...

eh,knp tetiba ayat aku macam ayt nak tulis surat je ni??formal la pulak cara tulis..huhu
ok,kembali kpd tajuk asal " aku masih keliru "....
apa yg aku keliru??
memang aku keliru sangat2...ye la,SPM dah habis ,result pun dah dpt..dapat result cukup2 makan ja,xcemerlang mana pun tapi,sampai sekarang aku masih keliru dengan hala tuju aku...aku rasa macam xada wawasan dan perancangan ja hidup aku ni...kawan-kawan aku,semua ada cita-cita...tapi aku xbermaksud yang aku xada cita-cita langsung..aku ada cita-cita,cuma aku xtahu macam mana yang perlu aku buat untuk capai cita-cita tuh...

aku minat dengan psikology,sains pemakanan atau pun ekonomi...yang paling aku minat ialah psikology,aku suka sangat benda nih,sbb aku rasa benda nih boleh buatkan aku tenang dan aku boleh selami masalah orang..tapi aku xtahu macam mana aku nak teruskan pengajian dlm bidang tuh...rasa macam aku xleh teruskan dalam bidang tuh...tapi kalau aku nak teruskan juga,aku kena ambil STPM pas2 sambung dlm ijazah psikology...nak buat tuh boleh tapi aku mesti struggle lebih kuat untuk STPM la...

untuk sains pemakanan pulak,aku minat juga pasal2 nak kaji2 ni..jadi aku mohon la berkaitan ni kat IPTA dan juga POLI...aku harap sangat permohonan aku berjaya..jadi xdala aku rasa kecewa sangat sebab xboleh nak teruskan dgn minat aku yang pertama tuh..tapi aku xtahu sama ada peluang pekerjaan dia cerah atau x...

tapi aku minat juga dengan EKONOMI..dari aku mula belajar subjek ni masa form4,aku rasa minat sangat,sebab subjek ni menarik dan senang faham..aku rasa ekonomi ni xla sesukar akaun..cuma ekonomi perlukan banyak pembacaan dan sikit2 berkaitan pengiraan...disebabkan minat,aku ada juga mohon course yg mempunyai sikit2 berkaitan ekonomi kat U....

yang aku keliru sekarang ialah,aku tak tahu kat mana yang aku nak sambung belajar... U , POLI , FORM6....
aku nak sambung form6,tapi aku xpasti sama ada aku boleh bawa atau x subjek form6 tuh..kalau aku masuk form6,aku mungkin amik aliran ekonomi.....

mana yg lebih baik antara DIPLOMA n STPM???..itu yg mengelirukan aku sekarang....

apa-apa pun,aku kena tunggu tawaran UPU la....dan aku jarap aku dapat peluang nak belajar kat IPTA...kalau xdapat aku akn sambung tingkatan 6 la...

mungkin ada rezeki yg lebih baik untuk aku,selepas aku x terpilih untuk temuduga KPLSPM dan SPA...kan ALLAH tuh maha adil...INSYA-ALLAH,semua akn ada rezeki untuk sambung belajar...


sampai sini sahaja cetusan hati aku harini,sbb aku xnak taip panjang2..ni pun dah kira panjang dah..huhu...


                              ~SELAMAT MEMBACA~.....

Sunday, April 17, 2011

masa depan yg belum pasti

sekarang ni musim temuduga ka??
kalau ya,knp aku xdapat peluang tuh??
sedihnya rasa..dah la mohon IPG pun xdpt...SPA pun xdpt pnggilan tmuduga gak..
haih,apa la nak jadi dengan aku nih?? aku rasa cemburu sgt,bila dengar kawan2 dapat panggilan temuduga...tapi aku xdapat pun panggilan temuduga....memang rasa kecewa sangat2...
tapi bila fikir2 balik,mungkin ada rezeki yg lebih baik menanti aku..mungkin ada sebab knp ALLAH xberi rezeki tuh kat aku..
tapi kadang2 aku terfikir gak,mungkin sebab keputusan SPM aq xsecemerlang org lain..

rasa kesal sangat sebab masa sek lu,aku x wat betul2..aku banyak main2...aku xseries dalam bljar...aku baca buku,tapi aku xse serius kawan2 aku lain belajar...tapi xpa..walaupa pun keputusan SPM aq,aku dah bersyukur sangat,sebab aku tahu,setakat tuh ja aku usaha....

aku harap sangat,akan ada juga rezeki untuk aku sambung belajar dimana2 institusi pengajian tinggi awam...kalau xda peluang juga,aku kena sambung tingkatan 6 la...hmm,tingkatan 6 pun ok gak kan??xpyah pnjam PTPTN..huhu...

Friday, April 15, 2011

Add MATH.........easy to PASS but CRAZY to LEARN...

                             ADD MATH'S
         Add math's ......yang aku geruni,
      sukar untuk difahami,
      kerana aku tak kuat mengkaji,
      malas mengulang kaji.

      Cikgu mula tulis tajuk,
      aku sudah tak senang duduk,
      kepalaku terangguk-angguk,
      bukan faham tapi mengantuk.

      Formula itu formula ini,
      darab itu darab ini,
      bertambah bingung otakku kini,
      fikiranku melayang ke ITALI.

     Cikgu mengajar dengan teliti,
     aku belajar penuh emosi,
     tengok itu, tengok ini,
     tapi otakku belum dipenuhi.

     Cikgu mengajar semakin laju,
     badanku pula kian lesu,
     papan putih habis disapu,
     tajuk baru sudah menuggu,
     yang aku ini otak dah buntu.

     Suara cikgu semakin nyaring,
     aku pula naik boring,
     otak pun dah mereng,
     asyik teringat ayam goreng.

     Sekejap-sekejap tengok jam,
     "seru-resah" tak duduk diam,
     fikiran mengelamun mata terpejam.

     Cikgu Edy rakan ilmu hisab,
     sambil mengajar sambil mengusik,
     semua pelajar begitu asyik,
     kecuali aku sibuk membisik,
     bila nak balik??.

     Aku kini berazam baru,
     akan kuubah perangaiku ini,
     supaya boleh terus maju,
     yang penting masuk "U".

     TERIMA KASIH BUATMU GURU !

Friday, April 8, 2011

IMPORTANT DATE FOR SPM CANDIDATE 2010

 FOR ALL SPM CANDIDATE 2010,MAKE SURE YOU ALL ALERT WITH ALL THE DATE BELOW..BECAUSE IT'S VERY IMPORTANT FOR YOU ALL....
DON'T FRUSTED WITH YOUR SPM RESULT,BECAUSE IT'S NOT THE LAST FOR OUR FUTURE..SPM JUST BEGINNING TO OUR LIFE POINT....TRY ACHIEVE THE GOLDEN WHEN YOU ARE IN FORM 6,UNIVERSITI OR ANY PLACES THAT YOU ALL FURTHER YOUR STUDY...NOTHING IS IMPOSSIBLE..EVERYONE CAN GET A SUCCESS IF THEY WANT TO ACHIVED IT.....
 12.4.2011 - KPLSPM Online Checking for Interview status
16.4.2011 - 30.4.2011 - form6  online checking result  
18.4.2011-29.4.2011 - KPLSPM Interview  
28.4.2011 -  Matriculation online checking result  
First week of May IPTA online checking result  
9.5.2011 - STPM (Form 6) Intake
21.5.2011 - KPLSPM Online Checking Result  
23.5.2011 - Matriculation Intake  
1.6.2011 - IPTA Intake  
20.6.2011 - KPLSPM Intake
P/S:TERTAKLUK KPD SEBARANG PERUBAHAN TARIKH JIKA ADA......

Monday, April 4, 2011

"date" dgn favourite sir.... :)

                                                 bismillahirrohmanirrohim
 hari ni 4/4/2011,aku dan 2 org kawan aku,ada temujanji dgn sir choe (ckg math kami)....sekadar nak lepaskan rindu + ucp terima kasih kat dia sebab ajr math...
memang kami rindu sgt2 dgn dia..jadi bila dia bagitahu dia nak dtg sek ari isnin,nak tgk result kitarang terutama subjek math n add math kelas yg dia ajr,kami pun rancang la nak jumpa dia...

sir ajak kami pergi kfc,dalam hati duk kata,"alamak duit ada rm3 ja,mana cukup makan kfc"..haha...tapi nampaknya kami langkah kanan arini,sebab sir yg belanja kami makan...tq sir sebab belanja kami....
sambil2 makan tuh,macam2 benda kami sembang dengan sir...rupanya sir pandai buat lawak sekarang,kalau masa sekolah dulu,asyik tegas ja,org tgk semua ingat garang,tapi sekarang sejak pencen xnampak macam tegas pun...heee  (sori sir)....kesian dekat sir,sebab kena belanja kami kfc..xpa lepas ni kalau kami "bekerjaya" kami pula belanja sir,masa la kami x " bekerjaya " lagi,kami "tanam anggur" ja sekarang...

harini aku malas nak taip panjang2 macam tulis karangan,sebab ada seseorang telah "curi" idea aku dan aku telah kekontangan idea nak tulis blog...jadi,aku nak share gambar ja...bukan gambar makan tadi,tapi gambar lain...

sir choe kim fah
                                                   
  cucu-cucu sir batch 5pa2 2010

           
                                                      
           



p/s: sori  sebab amik gambar tanpa kebenaran...hehe....