Wednesday, November 30, 2011

hati yg menangis


langit x selalau cerahkan
ada kala nya langit tuh gelap seperti nak hujan
bila langit gelap,manusia masing2 seperti lipas kudung..

sebenarnya,aku ibaratkan langit tuh seperti diri aku\
mungkin orang sekeliling lihat aku seperti tiada masalah
tapi sebenarnya banyak yg tersirat di sebalik hati nih

bila aku tertekan,aku xtahu pada siapa aku nak luahkan
aku luah pada diri aku pun tiada guna,sebab masalah diri aku sendiri
nak luah pada kawan2,xsemua kawan sudi dengar
tapi bila kawan dalam kesedihan,boleh pulak cari kita untuk luahkan

kadang2 rasa cemburu memang wujud 
tapi bila difikirkan,kenapa mesti nak cemburukan
tapi aku tetap cemburu,sebab aku xpernah dapat macam kawan2 aku dapAt
aku nak juga rasa macam mana bila dapat DL..

orang cakap semua manusia otak sama
cuma berbeza kelebihan dan kekurangan
tapi kenapa aku xtahu apa kelebihan dan kekurangan aku?
mana silap aku?

boleh tak kalau aku xmahu hidup?
aku rasa macam apa yang aku beljar selama nih sia2 sahaja
aku dah tiada kekuatan nak kembali kan semangat tuh
aku dah keliru dengan diri aku sendiri
tiap2 hari aku fikir perkara yg sama
aku dah betul2 tertekan.
kadang2 aku tanya diri aku sendiri,betulkah jalan aku lalui sekarang?
kerna aku rasa macam jaln aku ambil nih banyak sangat liku2

Saturday, November 26, 2011

apabila hadirnya sahabat

semua orang ada sahabat kan?|
aku ada ramai kawan,tapi dalam ramai2 tuh xsemua yang sentiasa bersama..
mmg itu adat berkawankan? ok harini aku rasa macam aku nak cerita pasal 4 orang yang sentiasa menyokong aku dalam setiap benda yang aku buat..

                                                   FATIN FARIDAH MOHD NAZRI
        aku panggil dya atin ja..dya ni selalu sokong apa yg aku buat..tapi
                      kadang2 ada juga keputusan aku yg dya bantah.
                      dya memang pandai,kadang2 aku sendiri yang jeles dgn dya .
                                  sekarang dya sambung pelajaran dya kat KMP,aRAU. 
              dya selalu bagi kata2 semangat bila aku down,tapi bila dya down
aku yg x pandai nak beri kata2 smangat kat dya.
aku tau,aku mmg seorang kawan yg teruk.apa yg aku buat kat kau,
kau x pernah nak merungut.. dya nih nampak senyap tapi peramah,kadang2 kalau aku keluar dgn dya,dya la yg akn jadi jurucakap untuk aku..
sesungguhnya aku rasa bersyukur sebab aku boleh kenal kau dalam 
hidup aku.


NUR AFIFAH SHAMSURI
dalam banyak2 kawan aku,dya nih mmg pantang
nampak kamera..mmg hobi dya bergambar dan
memang kena la dgn bidang yang dya amik sekarang.
dya nih selalu buat luahan hati dan perasaan.masalah dya
memang banyak dan selalu aku lah tempat dya nak luah,dya kata..
dya selalu x bagi aku nangis,tapi bila dya nangis xpa pulak.
dya pernah kata kat aku,kalau aku sedih atau gmbira aku kena cari dya.. dya selalu bagi kata2 semangat kat aku macam atin..
untuk pengetahuan kau,sampai sekarang aku masih tertanya2 mcm mana kita boleh 
rapat macam sekarang..

WAN MOHD RYAN ROHIDAR
satu-satunya kawan yg selalu "brain wash" aku.
aku beruntung sebab ada kawan yg selalu bagi nasihat kat aku.
dya nih minat fesyen,jadi kalau sapa2 nak tanya pasal fesyen boleh jumpa dya..
kalau pasal couple aku xtau dya couple k x sbb dya nih mmg pelik.
dya selalu bagi pendapat bila orang lain mnta pendapat ,tapi kadang2 dya pun memerlukan pendapat org lain..
apa pun,aku suka kawan ngan kau,walaupun masa sekolah 
kita xpernah bercakap..:p


kawan biar beribu,cinta nan satu...
aku tau aku xlayak nak jadi kawan yg baik untuk korang.. 
aku selalu buat korang marah,tambah2 ATIN. aku selalu bantah apa yg kau cakap,kadang2 aku buat xlayan ja dengan kau..... aku juga selalu kacau korang,buat korang merajuk dengan aku,aku tau mesti kau marah aku kan PAH sebab aku selalu guna pic kau untuk jadikan DP dalam fb aku,sampai ada orang yg keliru...
kalau aku selalu buat atin marah..pah pulak aku buat dya sakit hati.. kalau RYAN dya sabar ja layan kerenah aku,kadang2 dya pun bosan dgn aku,bila ada problem aku cari dya,bila dya bgi nasihat aku akn jawab ok,hmmm...sampai kadang2 dya anggap aku xbagi respon kat dya..
ok aku minta maaf...
aku sayang korang...

Thursday, November 24, 2011

SEMESTER 2 di UiTM

 assalamualaikum

nampaknya rakan2 blog aku sibuk menceritakan suasana semester baru masing2.
ok,aku xnak lepaskan peluang,aku pun nak cerita juga..

pejam celik,pejam celik aku dah pun bergelar pelajar semester 2 di UiTM ARAU a.k.a araustralia..
seperti kebiasaan minggu pertama nih pensyarah jarang masuk sangat,kalau masuk pun masih dlm mood cuti..hari pertama semester ke-2 nih disambut dgn keadaan hujan yg sangat lebat atau kadang-kala hanya renyai2..jadi dalam kampus atau luar kampus semua orang berpayungan..

nampaknya semester 2 nih aku kena usaha lebih lagi untuk naikkan balik CGPA aq yg x berapa cemerlang masa semester lepas...
bila tengok senarai subjek semester nih, seperti
subjek teras > BEL260,CTU151,HKM
subjek fakulti > SUG184(field astronomy) , SUG150(engineering surveying) , SUG160(cadastral surveying) , MAT133 bila tengok senarai subjek pun dah macam pening kepala sebab subjek semester ni banyak yg berkaitan pengiraan..kerja luar pun banyak dan report setiap kerja pun banyak la..

perasaan x yakin tuh memang ada,sebab rasa macam xboleh ja nak buat...tapi apapun usaha perlu diteruskan.. peperiksaan akhir sekrang masih bersembunyi dan akan muncul bila tiba masa yg sesuai...


_______________________________________________________________________________

group aku semester ni APD2Ca, memang mengalami masalah kekurangan ahli..
masa semester1 ada 23 orang, tiba2 masuk semester 2 ada 15orang..
semester akn datang rasanya makin berkurangan la kot...


              "TAK SUSAH KALAU NAK SUSAH, TAK SENANG KALAU NAK SENANG"

Friday, November 18, 2011

Aku tak kuat untuk harungi semua nih..

Assalamualaikum...

kenapa kebelakangan nih langit bila waktu malam dah x dipenuhi dgn bintang??
aku perlukan bintang tuh untuk menerangi hati yg gelap nih...

setiap apa yang berlaku dalam hidup nih mesti ada hikmahkan?
mungkin kali nih aku x bernasib baik macam kawan2 aku..
pertama sekali aku di uji dgn permohonan kolej gagal..ok aq x menagis sebab tuh..
tiba2 aku diuji pula sekali lagi, keputusan final sem1 aku yang sangat mengecewakan...kali nih memang aku nangis,tapi aku cuba lawan,aku cuba sembunyi,aku cuba untuk jadi kuat...

tapi sekarang,aku hanya menangis kesedihan..bila aku dapat tau yang kawan aku yg sentiasa dgn aku masa kat U dah xkan bersama aku lagi..kenapa aku diuji sampai macam nih???
ok,aku xboleh lawan takdir,mungkin ini bukan rezeki aku..

serius aku sedih + jeles bila tgk kawan2 aku semua balik ke tempat belajar masing2..tinggal aku ja keseorangan ,yang lain semua dah berterbangan..bila jumpa,masing2 hanya senyum,untuk lawan perasaan sedih ... tapi apa boleh buatkan demi masa depan,demi mak ayah,kena tabah la juga...

aku rindu masa sekolah,masa sama2 dgn kawan2...aku xtahu samaada bila masuk sem baru nih aku boleh tempuhi atau x,sebab aku sendiri tahu,yang sem akn dtg nih sangat mencabar dia punya subjek..tapi apa boleh buat,dah tuh keputusan yg aku ambil masa daftar dulu,aku kena juga laluinya..walaupun aku tahu,jauh di lubuk hati aku rasa terseksa dengan semuanih..
aku tak kuat nak harungi semua nih...

merenung masa depan yg belum pasti..

apa kesusahan yang kita alami sekarang mungkin 1 tiket untuk kita senang pada masa depan..

Tuesday, November 15, 2011

best time ever with all of you friends..

assalamualaikum..

hari nih,1 kisah akan tercoret di blog nih..bagi yg nak baca dipersilakn..kalau xnak baca,xyah baca....

cepat sungguh masa berjalan,cuti semester pun dah nak berakhir,dan minggu nih la minggu terakhir cuti..
rasa sedih sangat sebab terpaksa pisah dengan kawan2..tapi demi masa depan,kuatkanlah semangat tuh..

hari semalam bertarikh 14/11/11 menjadi saksi pertemuan yg mungkin terakhir untuk cuti sem nih sebelum masing2 kembali ke tempat beljar masing-masing..langit yg pada mulanya kelihatan mendung semendungnya seperti hari nak hujan,terus membatalkan niatnya untuk melepaskan air ke muka bumi..
sebenarnya pertemuan nih tidak pun dirancang,selalunya begitulah,kalu rancang dengan rapi,terakhir sekali mungkin akan batal,tapi bila rancang akhir2 itulah yg selalu jadi..

Cerita pun bermula.....
semuanya bermula ni "muka buku"..p-pah menyuarakan hasratnya nak minum coolblog kat cmart tuh,
jadi dya ajak aku teman..nak dijadikan cerita,ramai pula yg bagi respond nak ikut pergi cmart..
jadi kami pun mengIYA kan sahaja..jadi suruh lah masing2 mesej untuk ajak ramai2 pergi cmart...ramai pun xda la sampai 10org,setakat 6 orang je pun..
rancang pukul 4.30..tapi dilewatkan sebab cuaca menunjukkan lampu merah..
bila dah lampu hijau baru bergerak..
p-pah dya jadi driver ,sebab dya la yg pergi ambil fatin,izati dgn fatin nabihah kat rumah masing2..aku dengan atiqah,kami datang dengan motor ..

sampai cmart,agenda mengacau rakan2 yang dikenali kat cmart pun bermula..itulah yg terjadi bila dah lama xjumpa..
cerita disebalik gambar..
|

     keriagan terserlah bila dapat jumpa kawan yg kerja kat cmart..             

bila dah habis sesi mengacau,terserlah lah keriangan + kegilaan..
maksud tersirat disebalik gambar
|
mungkin kerinduan terhadap eskalator berlaku..




kemeriahan ketika minum di D'KONTENA
sila memahami gambar untuk tahu situasi yg berlaku..
|



untuk terakhir bersama sebelum pulang ke destinasi
|



itulah kisah tersirat dan tersurat disebalik keriangan apabila kami berjumpa....

semoga persahabatan kita akan kekal,walaupun kita membuat haluan yg tersendiri...

Friday, November 11, 2011

Guru ibarat lampu yg menerangi pelajar..

assalamaualaikum...

hari ni bertarikh 11/11/11
masya-Allah cantiknya tarikh nih..
bersamaan tarikh ni juga la,genapla umur ayah aku 53 tahun...

ok,aku xnak bercerita pasal ayah aku,tapi aku nak cerita mengenai
cikgu2 atau pun pensyarah2 yg mngajar aku masa aku sekolah dan masa aku kat uitm..
kalau korang xnak baca pun takpa,aku tetap nak tulis..huhu..

masa sekolah,aku bukanlah seorang pelajar harapan...tapi kadang2 terselit la juga dicelah2 ribuan pelajar2 yg pandai kat sekolah aku tuh..
semuanya bermula dari seorang guru biasa kan?
petikan dari sajak usman awang

"jika hari ini,seorang raja menaiki takhta
jika hari ini seorang peguam menang bicara
jika hari ini seorang presiden berkuasa
SEMUANYA BERMULA DARI SEORANG GURU BIASA,
YANG MENGAJAR TULIS BACA... "

bermula dari seorang guru yg mendidiklah,kita boleh berjaya..
aku mulakan pendidikan awal aku kat SEKOLAH TENGKU BUDRIAH,arau
ILMU ASAS HIDUP
   aku belajar kat sekolah tuh dari darjah 1 sampai darjah 6..
banyak cikgu yg mendidik aku masa aku kat sekolah tuh,
antaranya
-cikgu AZHAR BIN DARUS (KT)
-cikgu AZIMAH BT ABU BAKAR (BM-tahun 1-tahun 3)
-cikgu HASHIMAH MAT NOOR ( SC-tahun 6)
-cikgu RAFISHAH BT BAKAR (MATH -tahun 4-6)
-cikgu MARHAMAH (BI-tahun 4-6)
-cikgu ABDUL RAHMAN YAHYA ( BI-tuisyen ELITE)
-cikgu HASNAH (SC-tahun 4)
-cikgu SHARIFAH DAHABAN (BM-tahun4-6)
-cikgu SALIM NAPIAH (PJ)
-cikgu MOHAMMAD ( SENI)
-ustaz KHAIRUDDIN dan KHORUDDIN (AGAMA)

aku hanya ingat nama2 cikgu2 nih ja,cikgu2 lain aku xingat nama diorang..huhu.
maafkan saya cikgu...


Dah tamat masa sekolah rendah,
tibalah sekolah menengah pulak...SMK ARAU...
dari tingkatan1-tingkatan5
BERFIKIR BERILMU,BERCANDA MEMBINA MINDA

  masa kat sekolah ni,aku mula mengaktifkan diri aku untuk libatkan diri dalam pidato,forum,anti-dadah,sukan
,pengawas dan macam2 lagi,semuanya bermula,apabila disuruh oleh cikgu2..kalau cikgu2 xsuruh mungkin aku akn jadi pelajar yg xaktif masa kat sekolah tuh,sebab aku nih pemalu..:p
antara cikgu yg pernah mengajar aku kat sekolah nih
-cikgu NORLAILA KHANAM (BM-ting1)
-cikgu AZZIZARINA MEHAT (BI/ICT -ting 1,2,4)
-cikgu SITI HAJAR (SC-ting1)
-cikgu ARIBAH (SC-ting 2,4,5)
-cikgu ROSITAH (SC-ting3)
-arwah cikgu ISMAIL(math ting.1)
-cikgu RUSHDA(math ting.2)
-cikgu ABDUL RAHMAN (MATH-ting3)
-cikgu SHUKRI (MATH-ting.4)
-cikgu EDY HISHAM (ADD MATH-ting 4,5)
-cikgu ROSIDAH (BM-ting5)
-cikgu AMRI(BM-ting4)
-cikgu FARAH HANIM (EKO.ASAS-ting4,5)
-cikgu RAFIDAH (SEJARAH-ting4,5)
-cikgu SUPARDI (BI-ting 4,5)
-ustazah ROHAIZAN (PI-ting4,5)


antara guru2 yg pernah ajar aku,sebenarnya ada lagi,tapi biarlah aku tulis yang ni saja..huhu
terima kasih cikgu,sebab cikgu2 saya berjaya dalam PMR dan SPM,
mungkin saya xdapat balas jasa cikgu2 ,hanya ALLAH S.W.T saja yg dpt membalasnya..insya-Allah..


Lepas tamat tingkatan 5,aku sambung pelajaran kat UiTM ARAU,dalam jurusan DIP.sains geomatik...
kat sini lah aku kenal erti kehidupan kat U,belajar dalam suasana U..
USAHA,TAQWA,MULIA

SEMESTER 1 dah pun tamat,

menanti SEMESTER 2 yg akn muncul xlama lagi
antara pensyarah yang mengajar aku sepanjang 1sem kat sana
-sir MOHD KHAIRY (SUG100)
-sir IMRAN dan madam RAFIZAH (BEL120)
-madam SUHAIDA DILA (PHY 120)
-madam SITI SARAH (MAT133)
-madam SITI AMINAH dan madam NOORZALIANEE (SUG130)
-ustazah MASTURA (CTU101)
-cikgu MUSTAFA (HBU111/1O)
-sir TENGKU AFRIZAL (PENASIHAT AKADEMIK)


pensyarah2 nih la yg menilai aku sepanjang 1 sem aku kat UITM..
bila masuk sem2 mungkin akn tukar pensyarah baru..huhu

p/s:tak lama lagi semester 2 akn bermula..hee

Wednesday, November 9, 2011

when the end of holiday...

assalamualaikum...

hari ni aku gembira sgt2 sebab aku boleh jumpa bestie aku...dah lama aku xjumpa dya..
dan aku bagi idea paling bernas kat dia..
nak tau??
aku suruh dia datang jumpa aku dgn menunggang basikal...haha..
memang aku kejam,rumah dia dgn rumah aku dah la jarak lebih kurang 2km
aku boleh suruh dia kayuh basikal,tunggu aku kat taman...
weee,best kot dapat buli dya..hee..aku la yg plg dekat nk smp taman,sebab rumah aku dgn taman cuma 500 meter je kot...tapi bila aku sampai,aku tengok dya duh tunggu aku..
ok baik,aku yg lewat walaupun rumah aku dekat..haha

bila dah jumpa,ha,macam2 cerita la jadi...rasa macam taman tuh kami yg punya...hee..
lagipun tadi budak2 xda..

lepas dah tawaf taman tuh,gerak pergi arau mall
masa dekat arau mall jumpa bestie aku gak masa sekolah..yeah
hari ni dapat jumpa 2 org bestie..
sorang bljr kat KMP sorang bljr kat IKIP-UiTM
hmm,diorang semua pandai2,aku je tak..huhu..













kawan aku yg sentiasa tolong aku bila ada masalah...





kawan yang sering jadi tempat aku untuk mengadu...
dioranglah bestie2 yg aku sempat jumpa tadi...
semoga kita akn terus berkawan walau pa pun yg terjadi...

wey,lagi 2 minggu,cuti semester dah nak habis,
aku xmau masuk semester 2...
aku xmau balik p UiTM lagi...
serius bila masuk sem 2 ni,aku akn sunyi,sebab kawan yg rapat dgn aku kat sana dah
bertukar ke tempat lain...
hmm nasib la semester 2 nih,aku xduk kolej..jadi
xdela aku rasa sunyi sangat..aku boleh ulang alik dari rumah,lagipun
rumah aku dgn UITM xdalah jauh mna...lebih kurang 1km  ja..huhu.

Sunday, November 6, 2011

keinginan demi masa depan

Assalamualaikum..
bersempena dengan hari raya aidiladha pada tahun ini,saya dengan ini ingin mengucapkan
     SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kepada semua bloggers...semoga hari raya korban pada tahun ni memberi banyak erti pada kita..

ok,aku xnak bercoloteh pasal raya...
tapi aku nak senaraikan benda yg aku nak capai dalam hidup aku...


  • dapat lesen P
  • dapat sijil SPM warna kuning - DONE
  • dapat belajar kat menara gading - DONE
  • dapat capai  CGPA3.00 ke atas -
  • konvo DIP,DEG -
  • jadi anak yg membahagiakan mak ayah -
  • jadi cucu yg boleh buat tok gembira sebelum dya memejamkan mata -
  • dapat kumpul sijil peringkat kebangsaan walaupun 1 - DONE
apa korang nak kata pun kata la,aku xkisah sebab aku x berupaya untuk tutup mulut orang....

Saturday, November 5, 2011

redha dgn apa yg berlaku..

assalamualaikum...

orang lain sibuk cerita pasal result masing2,
tapi aku x semangat nak cerita result aku...
aku tahu,result korang semua gempak2,dekan segala bagai,tiada istilah
repeat dlm result korang..
serius,aku jeles dgn korang..aku tahu korang pandai2,xmacam aku,aku rasa macxam aku buang masa ja
study..tapi pa boleh buatkan,redha je lah...
walaupun xdekan,aku happy dgn result aku,sebab aku x DISMISS..aku tau,benda yg aku belajar
sekarang memang sgt tuff dan org yg betul2 kuat dan tabah ja boleh buat bnda tuh...
pa boleh buat,aku xnak,tapi aku tiada pilihan lain..
gipun aku xboleh dgn subjek kira2...

result aku,ok la...repeat tuh benda biasa la kan...
papun aku gembira dgn
result BEL120,CTU101,SUG100,SUG130...
xpernah dlm hidup aku,bila datang peperiksaan sebenar,english dapat B...selalunya nak dapat C pun payah....
SUG100 tuh aku nak ucap terima kasih kat lecturer aku,sir khairy,sbb selalu marah aku,bagi nasihat kat aku,ajar aku sampai aku paham,dan aku lulus gak paper tuh...SUG130 lgi la,subjek yg aku xpnah study btul2 n selalu main2,ingat macam nak repeat ja..tapi bila tgk result B...terkejut sangat2..

tapi aku tetap kecewa dgn mat133 and phy120...
thank kat kawan2 aku,zaty,masyitah,fira,mas, sbb ajar aku,apa yg aku xpaham...

Thursday, November 3, 2011

penantian 1 penyeksaan

assalamualaikum...

oh no,esok adalah hari yg aku tak tahu nak desribe macam mana..
SEDIH ? GEMBIRA ? SEDIH + GEMBIRA ?

ok seriusly im not ready yet for tomorrow and i feel like i dn't want to see my exam result
can i do that??
takut weh,cuak semua ada..
tak pernah aku rasa macam nih sebelum nih,masa nak amik result SPM lu pun aku still boleh relax..

fikiran aku masa nih sdg bercelaru..mcm2 soalan ada dlm otak aku sekarang
antaranya :
  > adakah keputusan peperiksaan aku,akan musnahkan masa depan aku di UITM??
 > adakah aku akan menangis kegembiraan seperti aku menatap keputusan SPM aku ??
 > adakah aku akan menangis kesedihan,pabila subjek yg aku target x capai sasaran ??
 > adakah aku mampu buatkan ibu ayah aku tersenyum gembira seperti mereka hantar aku kat UITM arituh??

apa pun aku mengharapkan yg terbaik..aku tau aku dah usaha sebaik mungkin,dan aku tahu mungkin akan ada 1 subjek yg aku kena repeat,sebab aku memang xboleh jawab paper MAT133 dgn baik...sebabnya masa ari kertas tuh,aq rasa loya dan muntah...
kalau ditakdirkan kena repeat pun aku xsedih,sbb mmg aku dah jangka..
tapi aku harap pointer aku ok...

perasaan aku mcm org xda perasaan...haha...

" YA ALLAH,KAU KURNIAKAN LAH KEPADA KAMI SEBUAH KEJAYAAN DALAM HIDUP KAMI YA ALLAH..
BIARLAH APA YG KAMI USAHAKAN MEMBUAHKAN HASIL YA ALLAH,
BIARLAH KEPUTUSAN YG KAMI TERIMA KEPUTUSAN YG MENGGEMBIRAKAN IBU DAN AYAH KAMI.."

amiin....

Wednesday, November 2, 2011

berakhir 1 penantian..ada lagi 2 penantian...

assalamualaikum..

yeah..keputusan untuk penempatan kolej dah kuar..ya,keputusan tuh sangat menggembirakan aku..haha..
sapa x gembira,apabila kena jadi budak NR,
best ok,jadi budak NR..haha
tuh yg aku suka..
org lain mungkin pelik dgn aku,org lain lumba2 nak kolej,tapi aku?
ntah,ikut nasib la,nak dapat kolej,dapat,xnak dapat sudah...

ok..sesungguhnya,apabila aku buka student portal nak check kolej
tiba2 dya kuar benda yg aku suka..series perkataan tuh sangat cantik..
 "PERMOHONAN KOLEJ GAGAL"

jadi sekarang aku nak kata alhamdulilah ata apa?
ok,aku dah pun kata alhamdulilah..pasal nak buat rayuan,
nanti la dulu..hee..

ok...4.11.2011 timbul lagi 1 penantian.. KEPT FINAL PRA DIP. dan DIP mei - sept 2011..
harap2 kali nih with flying colours..    21.11.2011,kept.temuduga SPA kluar..
mana 1 aku duk tunggu tak tau..

ok papun,i want to wish good luck and all the best..wat kawan2 kat uitm yg nk trima result jmaat nih..wat "burung" aku kt matrik,jwab xam elok2.