Saturday, April 19, 2014

scoliosis story # PART 1#

ASSALAMUALAIKUM dn SELAMAT PETANG....
 Salam 1 MALAYSIA...

dah lama x update blog nih..so arini nak mula update blik..

tapi arini nak crita pasal scoliosis...

mungkin ramai yg tertanya2 pa benda SCOLIOSIS tuh?
SLIP DISC ke?


>ok..klau korang semua nak thu scoliosis tuh ialah keabnormalan pada tulang belakang... tulang belakang tuh condong ke 1 arah... selalunya berlaku pada golongan remaja...

Apa penyebab SCOLIOSIs??

>sebenarnya penyebab scoliosis nih masih tidak diketahui ataupun disebut sebagai IDIOPATHIC...

tapi scoliosis nih ada penyebab mitos..
Mitos mengenai scoliosis ni disebabkan oleh 

1. postur yg lemah
2. beg sekolah yang berat
3. kekurangan kalsium
4. scoliosis nih boleh dicegah dengan melakukan senaman
5.rawatan perlu bila sakit...

Apa tanda2 awal scoliosis??

>tanda2 awal scoliosis nih ialah 

1. paras bahu tak sama tinggi..mean bahu kiri atau kanan macam tinggi sebalah
2.sebelah bahu membonjol.. 
3. bagi perempuan , paras payudara yang tidak sama..
4. sebelah pinggang nampak tinggi..
5. paras punggung yang tidak sama, nih disebabkn tulng pelvis,samada right pelvis or left pelvis mnjadi tinggi.
6. badan membongkok atau cenderung ke 1 arah...

kalau tidak dirawat adakah akan memberi kesan??

kemungkinan akan memberi kesan pada diri penghidap..
antara kesan2nya ialah 

1. kecacatan kosmetik
2. badan tidak seimbang
3.menggangu fungsi jantung dan paru2
4.sakit belakang yang berpanjangan
5. masalah saraf yang menyebabkan kelemahan otot.

kalau anda atau ahli keluarga anda ada scoliosis,buat la rawatan awal..
antara kebaikan pengesanan awal..

1.diagnosis peringkat awal
2. "brace " awal untuk menghentikan pembengkokan lebih teruk..
3. penting untuk mengelakkan pembedahan,. yela dalam dunia nih sapa la yg nak masuk bilik operation n buat operation kn..

Rawatan untuk scoliosis

1.pemerhatian secara berkala.. mean melalui x-ray.. doktor akan lihat samada degrees curved tuh bertambah atau tidak..
2. "brace" tulang belakang..
3. ni ialah option yg terakhir yg doktor akan beri jka degree curved tuh asyik bertambah.. jawapnnya ialah pembedahan ..dktor akan buat spinal fusion surgery...

nak kesan scoliosis nih mudah jer...ada 3 langkah jer..

LANGKAH 1...

berdiri dihadapan cermin dan perhatikn tanda2 berikut.. 

a) paras bahu tidak sama tinggi
b) sebelah bahu membonjol
c)sebelah pinggang lebih tinggi
d) paras punggung yang tidak sama
e) badan membongkok atau cenderung ke 1 arah..












LANGKAH 2 ...

1. membongkok ke hadapan sebanyak 90 darjah

2. rapatkan kedua tapak tangan dan letakkan di celah kaki bawah paras lutut....


LANGKAH 3...

Perhatikan dari belakang...












Jika anda atau ahli keluarga anda yang ada tanda2 nih usahlah risau.. 
cuma pergi ke klinik kesihatan untuk dapatkan nasihat dan rawatan dari doktor..


"SCOLIOSIS ~ WE ARE SPECIAL AND UNIQUE"....

:).....   

Saturday, November 9, 2013

berat hati untuk menerima

assalamualaikum...
sekian lama tidak aq update blog nih...
bukan dah lupa tapi kekangan masa membuatkan aq tak sempat untuk update...

sem nih agak busy disebabkan praktikal n exam...
sem nih la merasai bagaimana rasa hidup nomad. sebab setiap 2 minggu akan ada pertukaran pergerakan praktikal..

kskb ---> PLA Taiping ----> kskb ----> pla taiping-----> kskb
---> hosp.sg.siput ----> kskb ----> pla ipoh-----> kskb---> pla ipoh---> kskb ---> hosp.teluk intan...

begitu la pergerakan aq untuk praktikal sepanjang sem nih,.. tahun 2 sem 1..
sebenarnya bukan ini yg aku ingin sampaikan..

tetapi ini yg aq ingin sampaikan

"memohon untuk penangguhan semester.."

sebenarnya hati nih berat untuk aq menghantar surat nih kpd pengajar penyelaras..
tapi apakan daya aq terpaksa menghantarnya walaupun aq berat hati..

ini semua disebabkan "scoliosis" yg  aq alami sejak aq form 4 (2009)
aq dijadualkn untuk spinal operation pada blan 12 nih..

kalau ikutkan hati, aku xmahu tangguh semester semata2 untuk operation..
aq sayang basik 2/12 kskb sas....
tapi mengikut kata pengajar, yang risau akan keadaan aku disebabkn pergerakan kami di kolej yg agak berat...
bermain dgn patient di wad, mnenyebabkan semua menggalakkan aku untuk tangguh semester...
semuanya risau aku xmampu nak pikul semua nih, disebabkn masa praktikal yg panjang semasa di tahun 2 dan tahun 3..
jadi semua menggalak aq untuk tangguh 1 semester dan rehat di rumah...

disebabkan itu aku gagahi juga hatiku untuk menerima dugaan nih...
bersama dgn basik 2/2012 dari semester 1 - 3...
bersama mengharungi jerit perih..
bergelak ketawa..

jauh dilubuk hati.. aq xmahu semua nih..
kadang2 aq menangis bila teringatkan perkara nih..
selalu aq hantar patient k dewan bedah...
sekarang aku plak yg akan dihantar k sana...

selalu jaga patient diwad...
sekarang aq plak yg akan dijaga oleh nurse2 di hospital..

kawan2 yg banyak kuat balik semangat aku..
suruh aku fikir masa depan..
bagi nasihat..
marah aku bila aq xmakan atau aku selalu fikir pasal nih...

last but not least.. doakan aq untuk final exam sem 3 nih..
dan semoga pembedahan berjalan lancar...