Showing posts with label long journey. Show all posts
Showing posts with label long journey. Show all posts

Friday, November 11, 2011

Guru ibarat lampu yg menerangi pelajar..

assalamaualaikum...

hari ni bertarikh 11/11/11
masya-Allah cantiknya tarikh nih..
bersamaan tarikh ni juga la,genapla umur ayah aku 53 tahun...

ok,aku xnak bercerita pasal ayah aku,tapi aku nak cerita mengenai
cikgu2 atau pun pensyarah2 yg mngajar aku masa aku sekolah dan masa aku kat uitm..
kalau korang xnak baca pun takpa,aku tetap nak tulis..huhu..

masa sekolah,aku bukanlah seorang pelajar harapan...tapi kadang2 terselit la juga dicelah2 ribuan pelajar2 yg pandai kat sekolah aku tuh..
semuanya bermula dari seorang guru biasa kan?
petikan dari sajak usman awang

"jika hari ini,seorang raja menaiki takhta
jika hari ini seorang peguam menang bicara
jika hari ini seorang presiden berkuasa
SEMUANYA BERMULA DARI SEORANG GURU BIASA,
YANG MENGAJAR TULIS BACA... "

bermula dari seorang guru yg mendidiklah,kita boleh berjaya..
aku mulakan pendidikan awal aku kat SEKOLAH TENGKU BUDRIAH,arau
ILMU ASAS HIDUP
   aku belajar kat sekolah tuh dari darjah 1 sampai darjah 6..
banyak cikgu yg mendidik aku masa aku kat sekolah tuh,
antaranya
-cikgu AZHAR BIN DARUS (KT)
-cikgu AZIMAH BT ABU BAKAR (BM-tahun 1-tahun 3)
-cikgu HASHIMAH MAT NOOR ( SC-tahun 6)
-cikgu RAFISHAH BT BAKAR (MATH -tahun 4-6)
-cikgu MARHAMAH (BI-tahun 4-6)
-cikgu ABDUL RAHMAN YAHYA ( BI-tuisyen ELITE)
-cikgu HASNAH (SC-tahun 4)
-cikgu SHARIFAH DAHABAN (BM-tahun4-6)
-cikgu SALIM NAPIAH (PJ)
-cikgu MOHAMMAD ( SENI)
-ustaz KHAIRUDDIN dan KHORUDDIN (AGAMA)

aku hanya ingat nama2 cikgu2 nih ja,cikgu2 lain aku xingat nama diorang..huhu.
maafkan saya cikgu...


Dah tamat masa sekolah rendah,
tibalah sekolah menengah pulak...SMK ARAU...
dari tingkatan1-tingkatan5
BERFIKIR BERILMU,BERCANDA MEMBINA MINDA

  masa kat sekolah ni,aku mula mengaktifkan diri aku untuk libatkan diri dalam pidato,forum,anti-dadah,sukan
,pengawas dan macam2 lagi,semuanya bermula,apabila disuruh oleh cikgu2..kalau cikgu2 xsuruh mungkin aku akn jadi pelajar yg xaktif masa kat sekolah tuh,sebab aku nih pemalu..:p
antara cikgu yg pernah mengajar aku kat sekolah nih
-cikgu NORLAILA KHANAM (BM-ting1)
-cikgu AZZIZARINA MEHAT (BI/ICT -ting 1,2,4)
-cikgu SITI HAJAR (SC-ting1)
-cikgu ARIBAH (SC-ting 2,4,5)
-cikgu ROSITAH (SC-ting3)
-arwah cikgu ISMAIL(math ting.1)
-cikgu RUSHDA(math ting.2)
-cikgu ABDUL RAHMAN (MATH-ting3)
-cikgu SHUKRI (MATH-ting.4)
-cikgu EDY HISHAM (ADD MATH-ting 4,5)
-cikgu ROSIDAH (BM-ting5)
-cikgu AMRI(BM-ting4)
-cikgu FARAH HANIM (EKO.ASAS-ting4,5)
-cikgu RAFIDAH (SEJARAH-ting4,5)
-cikgu SUPARDI (BI-ting 4,5)
-ustazah ROHAIZAN (PI-ting4,5)


antara guru2 yg pernah ajar aku,sebenarnya ada lagi,tapi biarlah aku tulis yang ni saja..huhu
terima kasih cikgu,sebab cikgu2 saya berjaya dalam PMR dan SPM,
mungkin saya xdapat balas jasa cikgu2 ,hanya ALLAH S.W.T saja yg dpt membalasnya..insya-Allah..


Lepas tamat tingkatan 5,aku sambung pelajaran kat UiTM ARAU,dalam jurusan DIP.sains geomatik...
kat sini lah aku kenal erti kehidupan kat U,belajar dalam suasana U..
USAHA,TAQWA,MULIA

SEMESTER 1 dah pun tamat,

menanti SEMESTER 2 yg akn muncul xlama lagi
antara pensyarah yang mengajar aku sepanjang 1sem kat sana
-sir MOHD KHAIRY (SUG100)
-sir IMRAN dan madam RAFIZAH (BEL120)
-madam SUHAIDA DILA (PHY 120)
-madam SITI SARAH (MAT133)
-madam SITI AMINAH dan madam NOORZALIANEE (SUG130)
-ustazah MASTURA (CTU101)
-cikgu MUSTAFA (HBU111/1O)
-sir TENGKU AFRIZAL (PENASIHAT AKADEMIK)


pensyarah2 nih la yg menilai aku sepanjang 1 sem aku kat UITM..
bila masuk sem2 mungkin akn tukar pensyarah baru..huhu

p/s:tak lama lagi semester 2 akn bermula..hee

Sunday, November 6, 2011

keinginan demi masa depan

Assalamualaikum..
bersempena dengan hari raya aidiladha pada tahun ini,saya dengan ini ingin mengucapkan
     SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kepada semua bloggers...semoga hari raya korban pada tahun ni memberi banyak erti pada kita..

ok,aku xnak bercoloteh pasal raya...
tapi aku nak senaraikan benda yg aku nak capai dalam hidup aku...


  • dapat lesen P
  • dapat sijil SPM warna kuning - DONE
  • dapat belajar kat menara gading - DONE
  • dapat capai  CGPA3.00 ke atas -
  • konvo DIP,DEG -
  • jadi anak yg membahagiakan mak ayah -
  • jadi cucu yg boleh buat tok gembira sebelum dya memejamkan mata -
  • dapat kumpul sijil peringkat kebangsaan walaupun 1 - DONE
apa korang nak kata pun kata la,aku xkisah sebab aku x berupaya untuk tutup mulut orang....

Tuesday, May 10, 2011

PRA-UNIVERSITI~kami pun SETARAF matrikulasi~

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
tarikh 9.5.2011,iaitu kelmarin,tepat jam 9.00 pagi,telah berlangsungnya pendaftaran pelajar2 PRA-UNIVERSITI di sekolah2 di seluruh malaysia yg ada menawarkan pengajian PRA-UNIVERSITI..program nih disertai oleh2 pljr2 lepasan SPM10 yg terpilih dan ditawarkn pngajian PRA-UNIVERSITI..termasuklah aku,yg sama2 memeriahkan pendaftaran tuh....
hari nih,hari kedua orientasi pelajar pra-universiti..kdg2 tuh mmg bosan gak,sbb xda aktiviti,asyik ceramah ja..hari ni,pljr2 yg trlibat dgn orientasi pra-universiti,kena dgr taklimat pasal pakej yg ditawarkan...sejarah,bm dan muet...tapi masa taklimat muet plg best,sbb ada aktiviti...buat kumpulan,bncang dlm masa 2 minit,kemudian bentang dekat depan,lebih kurang mcm muet untuk speaking la....

setiap kali lepas taklimat,mesti ckg2 yg mengajar tingkatan6 akan tanya
"kamu semua nih dah bersedia ka nak masuk tingkatan 6?"
"kamu masuk tingkatan 6 nih atas sebab paksaan atau diri sendiri"

fikir2 dan renung2 lah soalan tuh,,...hehe...
tapi aku berada di alam pra-universiti mungkin xlama,sebab aq dah terima tawaran ke UiTM,mungkin jumaat nih hari terakhir aku kat sek tuh...lepas minta pendapat cikgu2,dan diorang pun sokong aku terima tawaran UiTM tuh...macam2 perasaan ada dalam hati aku ni,aku nak stay STPM tapi,mak ayah aku xbagi...aku rasa nanti mesti aku akan rindu kawan2 aku yg "gila + sporting" tuh....
xpa la,demi masa depan...

kadang2 aku terfikir juga ayt2 yg ckg aq cakap

"jgn pandang rendah pada tingkatan 6,kamu semua nih setaraf matrikulasi"

"kamu masuk tingkatan 6,peluang kamu untuk ke universiti lebih cerah,pljr STPM diberi keutamaan dahulu,kemudian matrikulasi dan akhir sekali diploma"

kalau ambil diploma peluang untuk sambung ijazah tuh tipis k??
soalan tuh yg menghantui aq sekarang...

tapi,aku ikut nasihat ckg2,aku akan pergi UiTM,kalau aku rasa aku xboleh nak catchup,aku akn dtg kembali ke tingkatan6...tapi aku harap,aku boleh tempuhi semua nih,sebab demi masa depan aku...



UiTM ARAU WAIT "4" ME...:)

Sunday, May 8, 2011

kata hati yg telah aku ambil..

setelah 2 tawaran datang meminang aku,maka aku perlu membuat pilihan untuk memaksimumkan kepuasan,dan tawaran kedua terbaik terpaksa dilepaskan...setelah difikir masak2,sambil air mata mengalir,aku boleh membuat pilihan aku sendiri sambil kawan2 aku memberi sokongan kepada aku..dan xlupa juga kepada yg mencipta aku berada di dunia yg fana ini..DIA yg beri rezeki kepada aku...

setelah,aku tanya pendapat mereka2 yg aku boleh percaya,akhirnya aku tanya pulak pendapat hati aku sendiri...
  
  "mana yang patut aku terima antara form6 dan uitm?"

  "kenapa aku pilih pilihan tuh masa aku isi UPU?"


   "apa impian aku?"

  "kalau aku pilih tingkatan 6,knp aku sanggup tolak tawaran UITM?"
setelah bersoal jawab dgn hati aku,aku dapat jawapannyA...


 
"aku xtau mana aku nak pilih antara form6 dan uitm,..hati aku berbelah bahagi...tapi aku xnak yg dikejar xdapat,yg dikendong berciciran.."


"aku sanggup tukar pilihan yg aku buat dgn pilihan yg aku dapat sekarang..pada mulanya aku memilih akaun,tetapi akhirnya aku tukar mengisi sains geomatik..akhirnya aku dapat pilihan yg aku tukar tuh..aku sanggup tukar,kerana aku dah xnak berada dlm dunia perakaunan,aku nak cuba benda baru..akhirnya aku dapat pilihan yg aku tukar tuh,xkn aq nak tolak lgi??"


"impian aku,aku nak rasa bnda bru dlm hidup aku..aku nak belajar kat universiti...aku xnak kecewakan mak ayah aku,..aku tgk air mata diorang,air mata gembira bila mereka tahu aku dapat tawaran dari UiTM..jadi xkan aku nak kecewa diorang lagi??..lagipun peluang hnya dtg sekali..."



"aku pilih form6,sebab itu pilihan pertama aku..pilihan aku yg ke 2 ialah diploma universiti..jadi papun pilihan aku,aku tetap nak pergi daftar tingkatan 6,walaupun sekejap..ia dah mencukupi,untuk aku realisasikn apa yg aku nak....jadi pilihan aku ialah,aku pergi daftar tingkatan6,dan 21.5.2011 aku pergi dftr uitm plk.."..


alhamdulilah...akhirnya aku dah buat pilihan..aku harap itu pilihan aku yg terbaik,demi masa depan aku...insya-Allah...
kpd kawan2,aku,buat pilihan elok2,ikut apa mak ayah kata...mungkin itu yg terbaik untuk kita... insya-Allah...

Friday, May 6, 2011

UPU DATANG MEMINANG

yeahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...ALHAMDULILAH..Allah bagi aku lagi satu rezeki selepas dapat tawaran form6...hari ni dapat rezeki tawaran sambung belajar juga...
sapa nak tau?? kalau xmau tau pun xkisah sebab dapat course biasa2 ja...huhu..

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN
KEMASUKAN PELAJAR KE IPTA
LEPASAN SPM/SETARAF
SESI AKADEMIK 2011/2012

 
ID PTPTN -->
NO. KAD PENGENALAN/MYKAD : 930619095228
NAMA : TENGKU ZARITH SOFIA BINTI TENGKU MOHD YUSOFF

TAHNIAH!
Anda telah berjaya ditawarkan program pengajian seperti berikut:
KOD PROGRAM : E2350 
NAMA PROGRAM PENGAJIAN : DIPLOMA SAINS GEOMATIK
IPTA : UiTM - UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM)
URL SURAT TAWARAN : http://www.uitm.edu.my/kemasukan/tawaran
Pihak IPTA akan mengeluarkan surat tawaran kepada calon yang berjaya mulai 07 Mei 2011 (Sabtu)  
(Klik URL SURAT TAWARAN di atas untuk mendapatkan Surat Tawaran IPTA)

CATATAN : Calon boleh mencapai Surat Tawaran melalui Laman Web IPTA mulai 07 Mei 2011 dan calon WAJIB mengesahkan SETUJU TERIMA TAWARAN sebelum 14 Mei 2011.
:

aku xpasti sama ada nak terima tawaran ni atau tawaran tingkatan 6..apa-apa pun aku kena fikir yg terbaik sebab nih soal masa depan aku..aku xnak tersilap langkah..sebab peribaha ada menyatakan 
"sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tidak berguna" ..

pada kawan-kawan aku yang dapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran,fikir elok2,jgn buat keputusan terburu2..dan TAHNIAH..:)....

Monday, May 2, 2011

school of rock,bagi tawaran

assalamualaikum....
pertama sekali aku nak ucap selamat pagi,sebab sekarang memang dah pagi pun..aku xtau apa mimpi aku post entry waktu2 macam ni..semuanya pasal tingkatan 6...
alhamdulilah aku dapat tingkatan 6...rasa macam xpercaya ja...mungkin itu rezeki aku...tapi aku xtahu sama ada nak pergi atau tak,...aku mungkin akan tunggu keputusan UPU juga...dibawah ni mngenai tawaran form6

T A H N I A H !


Anda Ditawarkan Untuk Mengikuti Pengajian Ke Tingkatan 6 Bawah
Berikut Adalah Maklumat Tawaran
No. Kad Pengenalan
::
930619095228
Angka Giliran
::
RA027A080
Nama
::
TENGKU ZARITH SOFIA BINTI TENGKU MOHD YUSOFF
Sekolah Asal
::
REA0078 - SMK ARAU
Jurusan
::
KEMANUSIAAN
Sekolah Ditawarkan
::
REA0078 SMK ARAU
Tarikh Mendaftar
::
9 Mei 2011

aku nih mimpi ka pa nih??tiba2 terpilih ke tingkatan 6..papun xpala thank god SBB MASIH LAGI BERI REZEKI untuk aku sambung belajar....
sekolah mana yg aku dpat,biar la rahsia..haha..yg dpt sek sama ngn aku nanti kita jumpa..haha(macam la ada kawan2 dpt sama dengan aku)..huhu....

Thursday, April 21, 2011

aku masih keliru

 assalamualaikum dan salam sejahtera semua...
harap semuanya berada dalam keadaan sihat hendaknya...

eh,knp tetiba ayat aku macam ayt nak tulis surat je ni??formal la pulak cara tulis..huhu
ok,kembali kpd tajuk asal " aku masih keliru "....
apa yg aku keliru??
memang aku keliru sangat2...ye la,SPM dah habis ,result pun dah dpt..dapat result cukup2 makan ja,xcemerlang mana pun tapi,sampai sekarang aku masih keliru dengan hala tuju aku...aku rasa macam xada wawasan dan perancangan ja hidup aku ni...kawan-kawan aku,semua ada cita-cita...tapi aku xbermaksud yang aku xada cita-cita langsung..aku ada cita-cita,cuma aku xtahu macam mana yang perlu aku buat untuk capai cita-cita tuh...

aku minat dengan psikology,sains pemakanan atau pun ekonomi...yang paling aku minat ialah psikology,aku suka sangat benda nih,sbb aku rasa benda nih boleh buatkan aku tenang dan aku boleh selami masalah orang..tapi aku xtahu macam mana aku nak teruskan pengajian dlm bidang tuh...rasa macam aku xleh teruskan dalam bidang tuh...tapi kalau aku nak teruskan juga,aku kena ambil STPM pas2 sambung dlm ijazah psikology...nak buat tuh boleh tapi aku mesti struggle lebih kuat untuk STPM la...

untuk sains pemakanan pulak,aku minat juga pasal2 nak kaji2 ni..jadi aku mohon la berkaitan ni kat IPTA dan juga POLI...aku harap sangat permohonan aku berjaya..jadi xdala aku rasa kecewa sangat sebab xboleh nak teruskan dgn minat aku yang pertama tuh..tapi aku xtahu sama ada peluang pekerjaan dia cerah atau x...

tapi aku minat juga dengan EKONOMI..dari aku mula belajar subjek ni masa form4,aku rasa minat sangat,sebab subjek ni menarik dan senang faham..aku rasa ekonomi ni xla sesukar akaun..cuma ekonomi perlukan banyak pembacaan dan sikit2 berkaitan pengiraan...disebabkan minat,aku ada juga mohon course yg mempunyai sikit2 berkaitan ekonomi kat U....

yang aku keliru sekarang ialah,aku tak tahu kat mana yang aku nak sambung belajar... U , POLI , FORM6....
aku nak sambung form6,tapi aku xpasti sama ada aku boleh bawa atau x subjek form6 tuh..kalau aku masuk form6,aku mungkin amik aliran ekonomi.....

mana yg lebih baik antara DIPLOMA n STPM???..itu yg mengelirukan aku sekarang....

apa-apa pun,aku kena tunggu tawaran UPU la....dan aku jarap aku dapat peluang nak belajar kat IPTA...kalau xdapat aku akn sambung tingkatan 6 la...

mungkin ada rezeki yg lebih baik untuk aku,selepas aku x terpilih untuk temuduga KPLSPM dan SPA...kan ALLAH tuh maha adil...INSYA-ALLAH,semua akn ada rezeki untuk sambung belajar...


sampai sini sahaja cetusan hati aku harini,sbb aku xnak taip panjang2..ni pun dah kira panjang dah..huhu...


                              ~SELAMAT MEMBACA~.....

Sunday, April 17, 2011

masa depan yg belum pasti

sekarang ni musim temuduga ka??
kalau ya,knp aku xdapat peluang tuh??
sedihnya rasa..dah la mohon IPG pun xdpt...SPA pun xdpt pnggilan tmuduga gak..
haih,apa la nak jadi dengan aku nih?? aku rasa cemburu sgt,bila dengar kawan2 dapat panggilan temuduga...tapi aku xdapat pun panggilan temuduga....memang rasa kecewa sangat2...
tapi bila fikir2 balik,mungkin ada rezeki yg lebih baik menanti aku..mungkin ada sebab knp ALLAH xberi rezeki tuh kat aku..
tapi kadang2 aku terfikir gak,mungkin sebab keputusan SPM aq xsecemerlang org lain..

rasa kesal sangat sebab masa sek lu,aku x wat betul2..aku banyak main2...aku xseries dalam bljar...aku baca buku,tapi aku xse serius kawan2 aku lain belajar...tapi xpa..walaupa pun keputusan SPM aq,aku dah bersyukur sangat,sebab aku tahu,setakat tuh ja aku usaha....

aku harap sangat,akan ada juga rezeki untuk aku sambung belajar dimana2 institusi pengajian tinggi awam...kalau xda peluang juga,aku kena sambung tingkatan 6 la...hmm,tingkatan 6 pun ok gak kan??xpyah pnjam PTPTN..huhu...

Friday, March 25, 2011

SPM oh SPM ~PERJALANAN MASIH BELUM BERAKHIR~

                                          bismillahirrahmanirrohim


detik 23.3.2011 yg amat ditunggu-tunggu oleh pelajar SPM 2010, telah pun tiba...tarikh tuh ialah tarikh keramat keputusan SPM diumumkan...
masa keputusan diumumkan tuh ada yg menangis kegembiraan dan kesedihan..


ok sekarang aku nak cerita detik2 aku semasa mengambil keputusan SPM...memang sebelum ambil keputusan tuh,macam2 perasaan aku rasa..semuanya bercampur macam buat rojak..haha....


pagi sebelum ambil result tuh memang aku terjaga awal la,selalunya lewat,tapi hari tuh terbangun awal la pulak,haha..gara2 berdebar menanti result...
malam ambil result tuh,memang dah takut yg teramat sgt...bila tiba pagi tuh,bila tgk skrin handphone
ada 4 sms dari kawan2 aku...dalam hati aku kata"ish pa yg diorang nk antr msj awl2 nih,bkn tau result lagi pun"...bila buka semua sms tuh semuanya ckp diorang takut nak ambil result...hmmmm,bertambahlah perasaan gementar aku sampai aku xlalu nak mkn...


tepat jam 11 pagi baru la aku bersiap2 dan pergi ke sekolah...tapi aku xpergi sorang aku pergi dgn 3 org kawan aku...bila sampai tuh ,tgk ada yg dah ambil result,tapi kami 4 org muka masing2 pucat...haha..sampai terus pergi kantin,cari kat mana la sir supardi sedang menuggu anak murid kesayangan dia tahun lps,iaitu pelajar 5 prinsip akaun 2..heee....bila dah nampak sir ada kat mana tgk ramai ja kawan2 kelas kat situ..aduh bertambah takut la aku...


jumpa ckg kat sek,ckg senyum ja,dlm hati "ish awat ckg ni senyum2 ja,result xok ka??" aduh berdegup kencang jantung aku ni...tak lama selepas tuh,aku p kat sir..sir tgk aku,pas2 sir buat muka suspen,aduh,lagi kencang la jantung aku berdegup...sir buat2 cari slip aku lambat2..akhirnya sir jumpa slip aku tuh..hee..sir bagi slip tuh kat aku,aku terus lipat dan aku ambil sijil berhenti sekolah...


aku x tengok pun keputusan aku...aku cari tempat yg xda org baru aku buka..bila tgk result tuh,aku rasa macam nak nangis ja...lepas tuh aku cari kawan2 aku,tgk diorang duk kat bawah pokok,aku pergi kat diorang dan aku renyukkan keputusan tuh...pastu aku biarkan result tuh..kawan aku ambil dan tengok,tiba2 dia bisik kat aku TAHNIAH..pas2 dia cakap result ko ok tengku,ko xda yang GAGAL..ko LULUS semua....tapi aku tetap nangis sebab aku xcapai target...dia pujuk aku,...aku ambil result aku dan aku tengok 1 persatu...aku tgk BM aku cemerlang...alhamdulilah..sebab aku target bm tuh B ja...pastu aku tgk plk subjek2 lain..alhamdulilah ok la..lepas tuh aku renyuk kan balik result tuh,kawan2 aku blh tgk ja pa aku buat...


dah abis sesi nangis2,aku pergi jumpa ckg2..ckg first yg aku jumpa,kaunselor,mmg aku kna teruk dgn dia,tapi aku terima ja...pas2 aku pergi jumpa ckg rosidah,aku ucap terima kasih kat dia,sebab ajar aku ,marah aku sampai aku blh dpt bm elok..lepas tuh jumpa la plk dgn ckg fazin.dia kecewa sikit sebab sains aku xdpt A..dpt B+ ja..tapi dia ucap tahniah sebab result aku ok...aku jumpa cikgu sejarah,dan ekonomi aku minta maaf sebab aku xcapai target diorang..
lepas tuh jumpa ckg khairul..memang aku terpaksa berhadapan dgn dia..haha..dia tunai janji dia untuk nak tunggu aku tunjuk result dekat dia..haha...masa tuh result aku dah renyuk,aku buat..dia minta juga result tuh dan aku terpaksa bagi..dia ambil result tuh ,dan dia tengok,pas2 dia lipat result tuh elk2 ..heeee..thank ckg,sebab tlg elokkan kembali slip tuh..heee..dia pujuk aku jangan kecewa,dan result tuh bagi dia result yg bagus....dan memang aku dah x kecwa lagi lepas tuh...


thanks cikgu khairul anuar mohd yusof sebab banyak bagi perangsang dan kata2 semangat kat saya walaupun cikgu xajar saya kat dalam kelas..hehe..
thank juga kat ckg2 yg banyak bagi tunjuk ajar,nasihat,pas2 selalu marah kalau buat silap dan sebagainya..tanpa cikgu mungkin saya xboleh dapat result sebaik tuh...


p/s:nih adalah coretan perasaan aku terhadap keputusan SPM aku..kalau korang rasa cerita aku buat nih,mengarut,korang xyah baca,sebab aku tulis,berdasarkan kata hati aku untuk aku menaip....




25.3.2011...... 0025