Sunday, June 29, 2014

scoliosis story # PART 3#

tak semua perkara yg kita inginkan akan jadi mudah.. mesti akan terselit juga perkara yg x indah..
kalau semua asyik nak yg indah sahaja, maka kita tak akan rasa erti kehidupan..
kadang kala kita seperti menyalahkan takdir, tapi ingat lah, ada lagi insan2 yang lebih teruk dari kita, ujian yg lebih besar dari kita... apa pun yg terjadi, teruskan kehidupan, RELAX SUDAH..

itu sebenarnya permulaan..
ceritanya baru nak mula...
kalau korang perasan, kebelakangan nih aq asyik post pasal scoliosis ja..
sebabnya aku tahu, tak ramai yang tahu mengenai scoliosis,..jadi aku rasa tergerak hati nak cerita pasal scoliosis nih..

--------------------------------------------------------------------------

nak dijadikan cerita, sekarang aku dalam musim "HONEY + MOON"
dapat cuti 6 bulan dari BPL (Bahagian pengurusan latihan,KKM)..
Sapa xnakkan dapat cuti lama-lama.. tapi kesannya ko rugi semester la dengan kawan2 ko..
kawan-kawan ko setergheehhh kat kolej, ko seronok cuti kat rumah...

sebenarnya,bukan aku yang nak, cuti lama2..mungkin dah ditakdirkan yang aku memang tak boleh konvo sekali dengan batch aku yg sebenarnya.. siapa sangkakan, kita hanya mampu merancang tapi tuhan yg menentukan..jadi nak taknak aku harus terima, aku perlu tangguh semester..
sedih wey nak kena tangguh,menangis aku,.huhu..

kalau tak disebabkan scoliosis,mungkin xtangguh..tapi aku tak boleh salahkan takdir, aku tau,aku harus terima, mungkin ada hikmah yg aku tak nampak ..

-------------------------------------------------------------------------------------

detik 18 DISEMBER 2013 akan berada dlm ingatan aku.. jam 0900 aku ditolak menuju ke dewan bedah
untuk jalani operation untuk scoliosis, ..
nak tak nak aku harus berhadapan dengan semua nih.
.
walaupun aku nih student nurse, selalu dengan hospital, tapi aku pun manusia biasa..
aku selalu pujuk patient jangan takut untuk hadapi operation, bagi kata semnagt, tapi bila aku sendiri kena, memng aku menangis, aku xboley pujuk diri aku..

tapi, masa sampai kat bilik op, aku tengok muka mak n ayah aku.. then aku cakap kat mak aku, "relax sudah, operation je pun"....

ALHAMDULILAH,syukur, operation berjalan lancar.. tepat jam 2100 aku dah bebas dari bilik yang menyeramkan tuh... tapi kena masuk ICU... selalu aku hantar patient pergi ICU, Sekarang nih org antar aku pergi icu..

tapi apa pun,ini pengalaman aku, n mungkin dgn nih aku dapt rasa perasaan seorang patient.. sehari kat ICU,lepas tuh masuk waD biasa... bila dekat wad aku mula nak jalan merata.. hari ke-3 post-op aq dah bangun berjalan, tapi dengan "ekor" yg terpasang kat belakang aku, untuk keluarkan darah kotor. ( tiub drainage)...

lepas semingu op, akhirnya aku boley discharge.. yeayyyyy.. maka bermula la percutian aku selama 6 bulan, sebab elk saja aku dischrge, semester baru pun bermula, tapi aku cuti..hahah..

pejam celik, dah 6 bulan aku operation.. seronok juga jadi org titanium nih... bla xray nampak besi... haha...rasa unik kt situ..

Setiap operation mesti ada parutnya.. parut tuh la yg thu segala2nya
" SCARS TELL A STORY. A STORY THAT SAYS, " I SURVIVED"

Last but not lease, thank to Mr. Pan and all staff KMC, that do my op n take care of me...
n the happiest thing is NO MORE CROOKED.. but i will not forgetted my crooked before this,..haha...


4 comments:

  1. patut lar lama je menyepi.. pape pun, smoga sihat2 selalu ye.. jaga diri.. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. trima ksih atin... alhamdulilah ok dh..hee..dh hbis study kn?

      Delete