Monday, April 21, 2014

scoliosis story # PART 2 #

Assalamualaikum...

kembali mengupdate blog..aritu aq dah update mngenai apa itu scoliosis..

so arini aq nak cerita mengenai diri aku yang ada SCOLIOSIS nih..

pada awalnya aq seperti remaja perempuan yang lain..aq bermain, melompat dan kelihatan seperti biasa..
tapi aq x tahu yg aq mengalami kecacatan pada tulang belakang aku..
pada awalnya aq selalu dengar orang kata kat aq..

" weh kenapa hang jalan senget?"

" ang ni x reti nak jalan elok k, perlu k nak sengetkan badan ang tuh.?"


" ala ang mesti buat2 jalan senget sebenarnya kan"


" aku rasa macam nak ikat kayu la kat badan ang,mana tau kot ang xjalan senget dah"


hah, itulah antara ayat2 yang aku selalu dengar,
masa dengar tuh aku just buat xtau,buat macam x dengar sebab aq sendiri xtahu yang aku jalan senget..
masa tuh aq memng aktif kat sekolah..aq join kawad kaki dan sebagainya..













Tetapi semuanya telah berubah pada akhir tahun 2009.....

pada mulanya ayah aku bawa aku berjumpa dengan Pakar Orthopedic di Hospital Tuanku Fauziah ,Kangar Perlis ,sebabnya ayah aku nak tahu kenapa aq jalan senget dan knp aq x jalan seperti remaja lain..

jadi masa kat sana doktor suruh buat x-ray..bila dah dapat gambar x-ray , tulang belakang aq tidak lurus seperti tulang belakang yang normal.. tulang aku menjadi seakan-akan huruf S atau C..
jadi doktor kat HTF ni mencadangkan kat ayah aku untuk rujuk kes aku nih kepada seorang doktor pakar orthopedic dalam bahagian spine surgeon kat Hosp. Sultanah Bahiyah, kedah...

temujanji telah diberikan kepada aq ,untuk berjumpa dgn doktor pakar di HSB..
masa kat HSB aku perlu lakukan x-ray sekali lagi..dari gambar x-ray tuh doktor telah mendiagnoskan sebagai " ADOLESCENT IDIOPATHIC SCOLIOSIS- Thoracolumbar Scoliosis "..

masa dapat tahu nih, aq seperti kebingungan sebab aku tak tahu apa tuh scoliosis.. ayah aku juga x tahu mengenai scoliosis nih.. jadi doktor nih dia ceritakan kat aku dan ayah aku apa itu scoliosis..
kalau korang nak tau scoliosis tuh apa, korang boleh baca pada post aku mengenai scoliosis pada post sebelum nih...    klik sini....














jadi, doktor buat plan supaya aku punya followup setahun sekali untuk lihat samada curved pada tulang belakang aku nih bertambah atau tidak...
pada masa nih, curved aku dalam 25 degree something...

tapi doktor bagitahu yang right pelvis aku tinggi sedikit dari aku punya left pelvis..










ok, rasanya cukup kot cerita aku setakat nih...


" SCOLIOSIS ~ WE ARE SPECIAL AND UNIQUE. "

No comments:

Post a Comment