Saturday, December 31, 2011

bila sesuatu yg baru akn mula,yang lama akn dikenang

assalamualaikum,salam sajahtera

sedangku berjalan-jalan di fb dan blog,aku perhatikan ,ramai yg mengupdate mengenai tahun baru.
ya tahun baru akan menjelang...
tahun 2012 akan menjelang tidak lama lagi,dan 2011 akan pergi tanpa kembali lagi..
pejam celik,pejam celik,cepat sahaja masa berlalu,2011 akan menghilangkan diri..
walaupun 2011 akan pergi,tetapi kenangan yg ada dalam 2011 tetap dalam ingatan.

                                                         -----****-----

kalau dikenang,memang banyak memori dalam tahun 2011 nih..
ada suka dan ada yg duka..
memori yg suka mungkin aku akan ingat ,tapi untuk yg duka,.biarlah ia bersemadi di dalam hati aku..

aku tak pasti samaada tahun 2011 nihaku jadi lebih baik dari 2010 atau sebaliknya..
tapi aku harap untuk tahun baru nih,aku nak pandang ke depan,aku dah tak nak pandang belakang lagi..
biarlah apa yg terjadi sebelum nih ialah pengajaran untuk aku...

"tahun,semakin lama makin kedepan,tapi diri kita adakah semakin lama makin ke depan seiring dgn tahun atau sebaliknya"

aku tahu,dalam hidup nih,aku perlu jalani pelbagai dugaan dan cabaran,..banyak tanggungjawab yg perlu aku pikul..jadi aku akan cuba untuk jadi matang dalam membuat keputusan untuk diri aku.

"hidup kita ibarat bumper di atas jalan"

bila aku sorang2 aku suka ingat kata2 nih

                                 "TAK SUSAH KALAU NAK SUSAH,
                    TAK SENANG KALAU NAK SENANG"

                                                           ---------***-------------
  
                                   
                        

Wednesday, December 28, 2011

pilihan kedua terbaik terpaksa dilepaskan

masa sekolah,aku belajar ekonomi asas
tapi sekarang aku dah tak jumpa benda tuh lagi,tapi aku tetap guna istilah dia..
aku beljar pasal kekurangan , masalah dalam ekonomi dan sebagainya.

but know,aku kena buat pilihan aku sendiri..
aku kena pilih satu yang terbaik diantara 2 pilihan..
aku tak tahu mana yang patut aku pilih.
aku ada pilihan antara masec dan srn.
tapi antara 2 aku kena pilih 1..
bila aku fikirkan balik,tujuan aku datang uitm,ialah aku nak tuntut ilmu,
mak ayah aku pun tak halang apa keputusan aku,dan apa yang aku buat kalau aku pandai bahagi masa aku antara akademik dengan aktiviti.
tapi,antara masec dengan srn aku xtahu mana yang patut aku pilih..

masec nih bawah mpp,kalau aku terus dalam masec,aku boleh belajar macam2 benda baru,sama juga kalau aku berada dalam srn.. bila join masec,aku beljar macam mana nak urus event,macam tuh juga kalau aku join srn..
masec dan srn nih banyak yg sama,cuma masec lebih sibuk berbanding srn. sebab masec nih antara kita dengan mahasiswa yang lain..kalau srn, kita cuma bergerak dalam linkungan srn tuh ja..
kalau nak fikir cabaran,memang masec lebih banyak cabaran ..

tapi dalam masa sekarang aku kena lepaskan salah satu antara masec dan srn..aku tak tahu mana yang patut aku lepaskan..
2 perkara nih ada pro dan kontra...

mungkin aku akan fikir mana yang terbaik...
dan aku kena buat keputusan yg bijak..
sebab nih ialah permulaan yg baru bagi diri aku..

Monday, December 26, 2011

kehidupan di dunia U

every people said that life as U student is best  then life as school student..
so,what i want to said is ,I LOVE MY SCHOOL LIFE, every time i miss my moment with school...
i miss my child time...  miss my time play at playground, time that im try to be a "tarzan"...
                  
                                    ----------  *** ----------

ok,aku mengaku sejak kebelakangan nih aku jarang update blog...ntah la,aku sendiri xtahu knp...
kadang2 aku buka blog tapi aku cuma baca apa yg kawan2 aku update...

ok,kembali kepada tajuk asal...

baru aku tahu betapa "senangnya" hidup kat institut pengajian tinggi ni kan..
baru aku tahu betapa pentingnya pembahagian masa kat sini
baru aku tahu betapa pentingnya "self confidence" kat sini
baru aku tahu betapa pentingnya hidup bermasyarakat...
baru aku tahu.......... ( berapa banyak baru aku tahu ntah) :p
sebenarnya,aku tahu semua nih dah lama,tapi sengaja buat endah tak endah

belajar kat U kadang2 rasa macam belajar atas keretapi
sebabnya cara pembelajaran dia yg laju..
bila kat U juga la,kita akan jumpa kehidupan bermasyarakat..
sebab kat sini kita akan belajar untuk bergaul dgn orang,
dan kadang2 kita belajar benda yg kita xpernah belajar masa kat sekolah..
sebagai contoh, kalau masa sekolah,bila ada majlis apa2 kita cuma bantu cikgu,cikgu yang buat semua,
tapi bila kat U,untuk satu2 acara kita sendiri yg uruskan macam PA system,tempat, dan macam2 yg berkaitan..

jadi pembahagian masa sangat penting,,
jadi dalam masa 24jam sehari tuh,pandai-pandai lah cari masa antara study,assignment,buat tuto,join aktiviti, lepak-ing (perlu ada juga ka bnda nih).. ha semua tuh pandai2 la urus,untuk cukup 24 jam...

kadang2 memang penat ,rasa macam malas ja nak join semua2 tuh..
tapi hati nih memang suka memberontak untuk buat benda2 yg macam tuh...
kadang2 jeles dengan orang yg x join apa2 aktiviti (org xjoin aktiviti pun aku nk jeles):p

dah la..otak dah tepu...niat di hati nak update menggunakan ayat yg tak tension,tapi bila dah menaip jadi ayat skema...hummm...

                                      sharing gambar macam best..jom tgk gambar....
                                                  ---------------------
                                                               |
                                                               |
                                                                 
                                                               
kak lia yang comey      


















twins
mereka semangat mengacau bubur asyura
senior mpp dgn junior masec
bubur lambuk ini sangat sedap...
ini gambar candid...sila abaikan
"sebab masa nih saya tgh rajin" :p
kami happy jadi budak masec...
                                                     
                 
                     *jom sambung buat tuto semula.. :p
                                                                                        

Thursday, December 22, 2011

memang aku xwujud

assalamualaikum..

wa,dah lma aq xupdate blog nih..
sebenarnya,aku sengaja xnak update sebab aku malas...
hari ni,aku nak update..
jadi kpd siapa yg nak baca silakan baca,klau xnak baca pegi main jauh2..

___________________________________________________________________________________

ok,sekarang aku rasa mcm diri aku xwujud dalam kelas tuh,
cuma wujud pada kertas kedatangan sebab bila datang kelas aku tanda kedatangan,
tapi hakikatnya mungkin aku tak wujud pada kawan2 sekelas aku...

memang xwujud la sebab kelas batal xda sorang pun bagitahu..
wau,memang aku suka bila orang buat macam nih kat aku.
memang aku suka tunggu lama2 dalam kelas sorang2,tanpa seorang pun mesej aku bagitahu kelas batal..
bila aku call,sorang pun xangkat,kononnya busy lah..
bila mesej tanya,ada kelas k xda kelas semua xbalas..
wau indahnya hidup bila diperlakukan macam ni..

lepas tuh tau pulak mesej,nak minta maaf,sebab lupa bagitau kat aku yg kelas xda
bila tanya,knp x bagitahu,ingatkan dah tahu...
bila aku kata aku beruntung dapat kawan macam korang,tau plak tanya kenapa cakap macam tuh..
bila aku buat macam tuh kat korang,korang tau nak lepas kemarahan korang kat aku..
tapi bila korang buat macam nih kat aku,korang xfikir pasal kemarahan aku...

bila susah atau ada apa2 hal,semua mesej tanya aku..
ingat pulak no.fon aku..
tapi bila korang senang atau dapat apa2 infomation,korang lupa no.fon aku...

ok,aku faham,aku tak wujud sebenarnya dalam kelas tuh..
aku hanya tempat korang cari,bila korang ada masalah...

aku suka kawan dengan korang semua...

Saturday, December 17, 2011

hati kosong

harini hujan renyai-renyai..
memang sejuk,kalau tidur pun best nih...

ok sebenarnya xnak cerita pasal cuaca ke apa k
tapi nak cakap pasal sem 2 nih...

aku sendiri xpham,aku sendiri macam dah alpa dgn janji2 pada diri aku..
aku rasa macam nak quit,tapi aku xtahu,mana aku nak pergi
aku betul-betul dah down,aku xtahu apa yang aku belajar sekarang,
walaupun subjek sem nih sikit,tapi aku xtahu sama ada aku boleh bawa k x
tiba2 aku rasa macam sem nih nak kena dismiss ja

wey tolong la,aku xmau dismiss,tapi ntah kenapa,perkataan tuh asyik muncul dalam fikiran aku..
aku dah xtahu nak luah kat sapa,aku cakap kat parent aku
diorang suruh aku teruskan juga,bagitau kawan-kawan,tapi semua macam xpaham,sebab diorang pointer tinggi2,aku pointer teruk.....

kawan aku yg ada dengan aku kat uitm pun asyik sebut nak quit,apa nih,semua asyik nak quit,aku nak kawan dengan sapa?

macam2 benda jadi,aku xkuat nak harungi semua nih,
memang orang ckap,hidup mesti penuh dengan dugaan,tapi asyik dugaan ja yg muncul,mmg aku xboleh tahan...

Wednesday, November 30, 2011

hati yg menangis


langit x selalau cerahkan
ada kala nya langit tuh gelap seperti nak hujan
bila langit gelap,manusia masing2 seperti lipas kudung..

sebenarnya,aku ibaratkan langit tuh seperti diri aku\
mungkin orang sekeliling lihat aku seperti tiada masalah
tapi sebenarnya banyak yg tersirat di sebalik hati nih

bila aku tertekan,aku xtahu pada siapa aku nak luahkan
aku luah pada diri aku pun tiada guna,sebab masalah diri aku sendiri
nak luah pada kawan2,xsemua kawan sudi dengar
tapi bila kawan dalam kesedihan,boleh pulak cari kita untuk luahkan

kadang2 rasa cemburu memang wujud 
tapi bila difikirkan,kenapa mesti nak cemburukan
tapi aku tetap cemburu,sebab aku xpernah dapat macam kawan2 aku dapAt
aku nak juga rasa macam mana bila dapat DL..

orang cakap semua manusia otak sama
cuma berbeza kelebihan dan kekurangan
tapi kenapa aku xtahu apa kelebihan dan kekurangan aku?
mana silap aku?

boleh tak kalau aku xmahu hidup?
aku rasa macam apa yang aku beljar selama nih sia2 sahaja
aku dah tiada kekuatan nak kembali kan semangat tuh
aku dah keliru dengan diri aku sendiri
tiap2 hari aku fikir perkara yg sama
aku dah betul2 tertekan.
kadang2 aku tanya diri aku sendiri,betulkah jalan aku lalui sekarang?
kerna aku rasa macam jaln aku ambil nih banyak sangat liku2

Saturday, November 26, 2011

apabila hadirnya sahabat

semua orang ada sahabat kan?|
aku ada ramai kawan,tapi dalam ramai2 tuh xsemua yang sentiasa bersama..
mmg itu adat berkawankan? ok harini aku rasa macam aku nak cerita pasal 4 orang yang sentiasa menyokong aku dalam setiap benda yang aku buat..

                                                   FATIN FARIDAH MOHD NAZRI
        aku panggil dya atin ja..dya ni selalu sokong apa yg aku buat..tapi
                      kadang2 ada juga keputusan aku yg dya bantah.
                      dya memang pandai,kadang2 aku sendiri yang jeles dgn dya .
                                  sekarang dya sambung pelajaran dya kat KMP,aRAU. 
              dya selalu bagi kata2 semangat bila aku down,tapi bila dya down
aku yg x pandai nak beri kata2 smangat kat dya.
aku tau,aku mmg seorang kawan yg teruk.apa yg aku buat kat kau,
kau x pernah nak merungut.. dya nih nampak senyap tapi peramah,kadang2 kalau aku keluar dgn dya,dya la yg akn jadi jurucakap untuk aku..
sesungguhnya aku rasa bersyukur sebab aku boleh kenal kau dalam 
hidup aku.


NUR AFIFAH SHAMSURI
dalam banyak2 kawan aku,dya nih mmg pantang
nampak kamera..mmg hobi dya bergambar dan
memang kena la dgn bidang yang dya amik sekarang.
dya nih selalu buat luahan hati dan perasaan.masalah dya
memang banyak dan selalu aku lah tempat dya nak luah,dya kata..
dya selalu x bagi aku nangis,tapi bila dya nangis xpa pulak.
dya pernah kata kat aku,kalau aku sedih atau gmbira aku kena cari dya.. dya selalu bagi kata2 semangat kat aku macam atin..
untuk pengetahuan kau,sampai sekarang aku masih tertanya2 mcm mana kita boleh 
rapat macam sekarang..

WAN MOHD RYAN ROHIDAR
satu-satunya kawan yg selalu "brain wash" aku.
aku beruntung sebab ada kawan yg selalu bagi nasihat kat aku.
dya nih minat fesyen,jadi kalau sapa2 nak tanya pasal fesyen boleh jumpa dya..
kalau pasal couple aku xtau dya couple k x sbb dya nih mmg pelik.
dya selalu bagi pendapat bila orang lain mnta pendapat ,tapi kadang2 dya pun memerlukan pendapat org lain..
apa pun,aku suka kawan ngan kau,walaupun masa sekolah 
kita xpernah bercakap..:p


kawan biar beribu,cinta nan satu...
aku tau aku xlayak nak jadi kawan yg baik untuk korang.. 
aku selalu buat korang marah,tambah2 ATIN. aku selalu bantah apa yg kau cakap,kadang2 aku buat xlayan ja dengan kau..... aku juga selalu kacau korang,buat korang merajuk dengan aku,aku tau mesti kau marah aku kan PAH sebab aku selalu guna pic kau untuk jadikan DP dalam fb aku,sampai ada orang yg keliru...
kalau aku selalu buat atin marah..pah pulak aku buat dya sakit hati.. kalau RYAN dya sabar ja layan kerenah aku,kadang2 dya pun bosan dgn aku,bila ada problem aku cari dya,bila dya bgi nasihat aku akn jawab ok,hmmm...sampai kadang2 dya anggap aku xbagi respon kat dya..
ok aku minta maaf...
aku sayang korang...

Thursday, November 24, 2011

SEMESTER 2 di UiTM

 assalamualaikum

nampaknya rakan2 blog aku sibuk menceritakan suasana semester baru masing2.
ok,aku xnak lepaskan peluang,aku pun nak cerita juga..

pejam celik,pejam celik aku dah pun bergelar pelajar semester 2 di UiTM ARAU a.k.a araustralia..
seperti kebiasaan minggu pertama nih pensyarah jarang masuk sangat,kalau masuk pun masih dlm mood cuti..hari pertama semester ke-2 nih disambut dgn keadaan hujan yg sangat lebat atau kadang-kala hanya renyai2..jadi dalam kampus atau luar kampus semua orang berpayungan..

nampaknya semester 2 nih aku kena usaha lebih lagi untuk naikkan balik CGPA aq yg x berapa cemerlang masa semester lepas...
bila tengok senarai subjek semester nih, seperti
subjek teras > BEL260,CTU151,HKM
subjek fakulti > SUG184(field astronomy) , SUG150(engineering surveying) , SUG160(cadastral surveying) , MAT133 bila tengok senarai subjek pun dah macam pening kepala sebab subjek semester ni banyak yg berkaitan pengiraan..kerja luar pun banyak dan report setiap kerja pun banyak la..

perasaan x yakin tuh memang ada,sebab rasa macam xboleh ja nak buat...tapi apapun usaha perlu diteruskan.. peperiksaan akhir sekrang masih bersembunyi dan akan muncul bila tiba masa yg sesuai...


_______________________________________________________________________________

group aku semester ni APD2Ca, memang mengalami masalah kekurangan ahli..
masa semester1 ada 23 orang, tiba2 masuk semester 2 ada 15orang..
semester akn datang rasanya makin berkurangan la kot...


              "TAK SUSAH KALAU NAK SUSAH, TAK SENANG KALAU NAK SENANG"

Friday, November 18, 2011

Aku tak kuat untuk harungi semua nih..

Assalamualaikum...

kenapa kebelakangan nih langit bila waktu malam dah x dipenuhi dgn bintang??
aku perlukan bintang tuh untuk menerangi hati yg gelap nih...

setiap apa yang berlaku dalam hidup nih mesti ada hikmahkan?
mungkin kali nih aku x bernasib baik macam kawan2 aku..
pertama sekali aku di uji dgn permohonan kolej gagal..ok aq x menagis sebab tuh..
tiba2 aku diuji pula sekali lagi, keputusan final sem1 aku yang sangat mengecewakan...kali nih memang aku nangis,tapi aku cuba lawan,aku cuba sembunyi,aku cuba untuk jadi kuat...

tapi sekarang,aku hanya menangis kesedihan..bila aku dapat tau yang kawan aku yg sentiasa dgn aku masa kat U dah xkan bersama aku lagi..kenapa aku diuji sampai macam nih???
ok,aku xboleh lawan takdir,mungkin ini bukan rezeki aku..

serius aku sedih + jeles bila tgk kawan2 aku semua balik ke tempat belajar masing2..tinggal aku ja keseorangan ,yang lain semua dah berterbangan..bila jumpa,masing2 hanya senyum,untuk lawan perasaan sedih ... tapi apa boleh buatkan demi masa depan,demi mak ayah,kena tabah la juga...

aku rindu masa sekolah,masa sama2 dgn kawan2...aku xtahu samaada bila masuk sem baru nih aku boleh tempuhi atau x,sebab aku sendiri tahu,yang sem akn dtg nih sangat mencabar dia punya subjek..tapi apa boleh buat,dah tuh keputusan yg aku ambil masa daftar dulu,aku kena juga laluinya..walaupun aku tahu,jauh di lubuk hati aku rasa terseksa dengan semuanih..
aku tak kuat nak harungi semua nih...

merenung masa depan yg belum pasti..

apa kesusahan yang kita alami sekarang mungkin 1 tiket untuk kita senang pada masa depan..

Tuesday, November 15, 2011

best time ever with all of you friends..

assalamualaikum..

hari nih,1 kisah akan tercoret di blog nih..bagi yg nak baca dipersilakn..kalau xnak baca,xyah baca....

cepat sungguh masa berjalan,cuti semester pun dah nak berakhir,dan minggu nih la minggu terakhir cuti..
rasa sedih sangat sebab terpaksa pisah dengan kawan2..tapi demi masa depan,kuatkanlah semangat tuh..

hari semalam bertarikh 14/11/11 menjadi saksi pertemuan yg mungkin terakhir untuk cuti sem nih sebelum masing2 kembali ke tempat beljar masing-masing..langit yg pada mulanya kelihatan mendung semendungnya seperti hari nak hujan,terus membatalkan niatnya untuk melepaskan air ke muka bumi..
sebenarnya pertemuan nih tidak pun dirancang,selalunya begitulah,kalu rancang dengan rapi,terakhir sekali mungkin akan batal,tapi bila rancang akhir2 itulah yg selalu jadi..

Cerita pun bermula.....
semuanya bermula ni "muka buku"..p-pah menyuarakan hasratnya nak minum coolblog kat cmart tuh,
jadi dya ajak aku teman..nak dijadikan cerita,ramai pula yg bagi respond nak ikut pergi cmart..
jadi kami pun mengIYA kan sahaja..jadi suruh lah masing2 mesej untuk ajak ramai2 pergi cmart...ramai pun xda la sampai 10org,setakat 6 orang je pun..
rancang pukul 4.30..tapi dilewatkan sebab cuaca menunjukkan lampu merah..
bila dah lampu hijau baru bergerak..
p-pah dya jadi driver ,sebab dya la yg pergi ambil fatin,izati dgn fatin nabihah kat rumah masing2..aku dengan atiqah,kami datang dengan motor ..

sampai cmart,agenda mengacau rakan2 yang dikenali kat cmart pun bermula..itulah yg terjadi bila dah lama xjumpa..
cerita disebalik gambar..
|

     keriagan terserlah bila dapat jumpa kawan yg kerja kat cmart..             

bila dah habis sesi mengacau,terserlah lah keriangan + kegilaan..
maksud tersirat disebalik gambar
|
mungkin kerinduan terhadap eskalator berlaku..




kemeriahan ketika minum di D'KONTENA
sila memahami gambar untuk tahu situasi yg berlaku..
|



untuk terakhir bersama sebelum pulang ke destinasi
|



itulah kisah tersirat dan tersurat disebalik keriangan apabila kami berjumpa....

semoga persahabatan kita akan kekal,walaupun kita membuat haluan yg tersendiri...

Friday, November 11, 2011

Guru ibarat lampu yg menerangi pelajar..

assalamaualaikum...

hari ni bertarikh 11/11/11
masya-Allah cantiknya tarikh nih..
bersamaan tarikh ni juga la,genapla umur ayah aku 53 tahun...

ok,aku xnak bercerita pasal ayah aku,tapi aku nak cerita mengenai
cikgu2 atau pun pensyarah2 yg mngajar aku masa aku sekolah dan masa aku kat uitm..
kalau korang xnak baca pun takpa,aku tetap nak tulis..huhu..

masa sekolah,aku bukanlah seorang pelajar harapan...tapi kadang2 terselit la juga dicelah2 ribuan pelajar2 yg pandai kat sekolah aku tuh..
semuanya bermula dari seorang guru biasa kan?
petikan dari sajak usman awang

"jika hari ini,seorang raja menaiki takhta
jika hari ini seorang peguam menang bicara
jika hari ini seorang presiden berkuasa
SEMUANYA BERMULA DARI SEORANG GURU BIASA,
YANG MENGAJAR TULIS BACA... "

bermula dari seorang guru yg mendidiklah,kita boleh berjaya..
aku mulakan pendidikan awal aku kat SEKOLAH TENGKU BUDRIAH,arau
ILMU ASAS HIDUP
   aku belajar kat sekolah tuh dari darjah 1 sampai darjah 6..
banyak cikgu yg mendidik aku masa aku kat sekolah tuh,
antaranya
-cikgu AZHAR BIN DARUS (KT)
-cikgu AZIMAH BT ABU BAKAR (BM-tahun 1-tahun 3)
-cikgu HASHIMAH MAT NOOR ( SC-tahun 6)
-cikgu RAFISHAH BT BAKAR (MATH -tahun 4-6)
-cikgu MARHAMAH (BI-tahun 4-6)
-cikgu ABDUL RAHMAN YAHYA ( BI-tuisyen ELITE)
-cikgu HASNAH (SC-tahun 4)
-cikgu SHARIFAH DAHABAN (BM-tahun4-6)
-cikgu SALIM NAPIAH (PJ)
-cikgu MOHAMMAD ( SENI)
-ustaz KHAIRUDDIN dan KHORUDDIN (AGAMA)

aku hanya ingat nama2 cikgu2 nih ja,cikgu2 lain aku xingat nama diorang..huhu.
maafkan saya cikgu...


Dah tamat masa sekolah rendah,
tibalah sekolah menengah pulak...SMK ARAU...
dari tingkatan1-tingkatan5
BERFIKIR BERILMU,BERCANDA MEMBINA MINDA

  masa kat sekolah ni,aku mula mengaktifkan diri aku untuk libatkan diri dalam pidato,forum,anti-dadah,sukan
,pengawas dan macam2 lagi,semuanya bermula,apabila disuruh oleh cikgu2..kalau cikgu2 xsuruh mungkin aku akn jadi pelajar yg xaktif masa kat sekolah tuh,sebab aku nih pemalu..:p
antara cikgu yg pernah mengajar aku kat sekolah nih
-cikgu NORLAILA KHANAM (BM-ting1)
-cikgu AZZIZARINA MEHAT (BI/ICT -ting 1,2,4)
-cikgu SITI HAJAR (SC-ting1)
-cikgu ARIBAH (SC-ting 2,4,5)
-cikgu ROSITAH (SC-ting3)
-arwah cikgu ISMAIL(math ting.1)
-cikgu RUSHDA(math ting.2)
-cikgu ABDUL RAHMAN (MATH-ting3)
-cikgu SHUKRI (MATH-ting.4)
-cikgu EDY HISHAM (ADD MATH-ting 4,5)
-cikgu ROSIDAH (BM-ting5)
-cikgu AMRI(BM-ting4)
-cikgu FARAH HANIM (EKO.ASAS-ting4,5)
-cikgu RAFIDAH (SEJARAH-ting4,5)
-cikgu SUPARDI (BI-ting 4,5)
-ustazah ROHAIZAN (PI-ting4,5)


antara guru2 yg pernah ajar aku,sebenarnya ada lagi,tapi biarlah aku tulis yang ni saja..huhu
terima kasih cikgu,sebab cikgu2 saya berjaya dalam PMR dan SPM,
mungkin saya xdapat balas jasa cikgu2 ,hanya ALLAH S.W.T saja yg dpt membalasnya..insya-Allah..


Lepas tamat tingkatan 5,aku sambung pelajaran kat UiTM ARAU,dalam jurusan DIP.sains geomatik...
kat sini lah aku kenal erti kehidupan kat U,belajar dalam suasana U..
USAHA,TAQWA,MULIA

SEMESTER 1 dah pun tamat,

menanti SEMESTER 2 yg akn muncul xlama lagi
antara pensyarah yang mengajar aku sepanjang 1sem kat sana
-sir MOHD KHAIRY (SUG100)
-sir IMRAN dan madam RAFIZAH (BEL120)
-madam SUHAIDA DILA (PHY 120)
-madam SITI SARAH (MAT133)
-madam SITI AMINAH dan madam NOORZALIANEE (SUG130)
-ustazah MASTURA (CTU101)
-cikgu MUSTAFA (HBU111/1O)
-sir TENGKU AFRIZAL (PENASIHAT AKADEMIK)


pensyarah2 nih la yg menilai aku sepanjang 1 sem aku kat UITM..
bila masuk sem2 mungkin akn tukar pensyarah baru..huhu

p/s:tak lama lagi semester 2 akn bermula..hee

Wednesday, November 9, 2011

when the end of holiday...

assalamualaikum...

hari ni aku gembira sgt2 sebab aku boleh jumpa bestie aku...dah lama aku xjumpa dya..
dan aku bagi idea paling bernas kat dia..
nak tau??
aku suruh dia datang jumpa aku dgn menunggang basikal...haha..
memang aku kejam,rumah dia dgn rumah aku dah la jarak lebih kurang 2km
aku boleh suruh dia kayuh basikal,tunggu aku kat taman...
weee,best kot dapat buli dya..hee..aku la yg plg dekat nk smp taman,sebab rumah aku dgn taman cuma 500 meter je kot...tapi bila aku sampai,aku tengok dya duh tunggu aku..
ok baik,aku yg lewat walaupun rumah aku dekat..haha

bila dah jumpa,ha,macam2 cerita la jadi...rasa macam taman tuh kami yg punya...hee..
lagipun tadi budak2 xda..

lepas dah tawaf taman tuh,gerak pergi arau mall
masa dekat arau mall jumpa bestie aku gak masa sekolah..yeah
hari ni dapat jumpa 2 org bestie..
sorang bljr kat KMP sorang bljr kat IKIP-UiTM
hmm,diorang semua pandai2,aku je tak..huhu..













kawan aku yg sentiasa tolong aku bila ada masalah...





kawan yang sering jadi tempat aku untuk mengadu...
dioranglah bestie2 yg aku sempat jumpa tadi...
semoga kita akn terus berkawan walau pa pun yg terjadi...

wey,lagi 2 minggu,cuti semester dah nak habis,
aku xmau masuk semester 2...
aku xmau balik p UiTM lagi...
serius bila masuk sem 2 ni,aku akn sunyi,sebab kawan yg rapat dgn aku kat sana dah
bertukar ke tempat lain...
hmm nasib la semester 2 nih,aku xduk kolej..jadi
xdela aku rasa sunyi sangat..aku boleh ulang alik dari rumah,lagipun
rumah aku dgn UITM xdalah jauh mna...lebih kurang 1km  ja..huhu.

Sunday, November 6, 2011

keinginan demi masa depan

Assalamualaikum..
bersempena dengan hari raya aidiladha pada tahun ini,saya dengan ini ingin mengucapkan
     SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kepada semua bloggers...semoga hari raya korban pada tahun ni memberi banyak erti pada kita..

ok,aku xnak bercoloteh pasal raya...
tapi aku nak senaraikan benda yg aku nak capai dalam hidup aku...


  • dapat lesen P
  • dapat sijil SPM warna kuning - DONE
  • dapat belajar kat menara gading - DONE
  • dapat capai  CGPA3.00 ke atas -
  • konvo DIP,DEG -
  • jadi anak yg membahagiakan mak ayah -
  • jadi cucu yg boleh buat tok gembira sebelum dya memejamkan mata -
  • dapat kumpul sijil peringkat kebangsaan walaupun 1 - DONE
apa korang nak kata pun kata la,aku xkisah sebab aku x berupaya untuk tutup mulut orang....

Saturday, November 5, 2011

redha dgn apa yg berlaku..

assalamualaikum...

orang lain sibuk cerita pasal result masing2,
tapi aku x semangat nak cerita result aku...
aku tahu,result korang semua gempak2,dekan segala bagai,tiada istilah
repeat dlm result korang..
serius,aku jeles dgn korang..aku tahu korang pandai2,xmacam aku,aku rasa macxam aku buang masa ja
study..tapi pa boleh buatkan,redha je lah...
walaupun xdekan,aku happy dgn result aku,sebab aku x DISMISS..aku tau,benda yg aku belajar
sekarang memang sgt tuff dan org yg betul2 kuat dan tabah ja boleh buat bnda tuh...
pa boleh buat,aku xnak,tapi aku tiada pilihan lain..
gipun aku xboleh dgn subjek kira2...

result aku,ok la...repeat tuh benda biasa la kan...
papun aku gembira dgn
result BEL120,CTU101,SUG100,SUG130...
xpernah dlm hidup aku,bila datang peperiksaan sebenar,english dapat B...selalunya nak dapat C pun payah....
SUG100 tuh aku nak ucap terima kasih kat lecturer aku,sir khairy,sbb selalu marah aku,bagi nasihat kat aku,ajar aku sampai aku paham,dan aku lulus gak paper tuh...SUG130 lgi la,subjek yg aku xpnah study btul2 n selalu main2,ingat macam nak repeat ja..tapi bila tgk result B...terkejut sangat2..

tapi aku tetap kecewa dgn mat133 and phy120...
thank kat kawan2 aku,zaty,masyitah,fira,mas, sbb ajar aku,apa yg aku xpaham...

Thursday, November 3, 2011

penantian 1 penyeksaan

assalamualaikum...

oh no,esok adalah hari yg aku tak tahu nak desribe macam mana..
SEDIH ? GEMBIRA ? SEDIH + GEMBIRA ?

ok seriusly im not ready yet for tomorrow and i feel like i dn't want to see my exam result
can i do that??
takut weh,cuak semua ada..
tak pernah aku rasa macam nih sebelum nih,masa nak amik result SPM lu pun aku still boleh relax..

fikiran aku masa nih sdg bercelaru..mcm2 soalan ada dlm otak aku sekarang
antaranya :
  > adakah keputusan peperiksaan aku,akan musnahkan masa depan aku di UITM??
 > adakah aku akan menangis kegembiraan seperti aku menatap keputusan SPM aku ??
 > adakah aku akan menangis kesedihan,pabila subjek yg aku target x capai sasaran ??
 > adakah aku mampu buatkan ibu ayah aku tersenyum gembira seperti mereka hantar aku kat UITM arituh??

apa pun aku mengharapkan yg terbaik..aku tau aku dah usaha sebaik mungkin,dan aku tahu mungkin akan ada 1 subjek yg aku kena repeat,sebab aku memang xboleh jawab paper MAT133 dgn baik...sebabnya masa ari kertas tuh,aq rasa loya dan muntah...
kalau ditakdirkan kena repeat pun aku xsedih,sbb mmg aku dah jangka..
tapi aku harap pointer aku ok...

perasaan aku mcm org xda perasaan...haha...

" YA ALLAH,KAU KURNIAKAN LAH KEPADA KAMI SEBUAH KEJAYAAN DALAM HIDUP KAMI YA ALLAH..
BIARLAH APA YG KAMI USAHAKAN MEMBUAHKAN HASIL YA ALLAH,
BIARLAH KEPUTUSAN YG KAMI TERIMA KEPUTUSAN YG MENGGEMBIRAKAN IBU DAN AYAH KAMI.."

amiin....

Wednesday, November 2, 2011

berakhir 1 penantian..ada lagi 2 penantian...

assalamualaikum..

yeah..keputusan untuk penempatan kolej dah kuar..ya,keputusan tuh sangat menggembirakan aku..haha..
sapa x gembira,apabila kena jadi budak NR,
best ok,jadi budak NR..haha
tuh yg aku suka..
org lain mungkin pelik dgn aku,org lain lumba2 nak kolej,tapi aku?
ntah,ikut nasib la,nak dapat kolej,dapat,xnak dapat sudah...

ok..sesungguhnya,apabila aku buka student portal nak check kolej
tiba2 dya kuar benda yg aku suka..series perkataan tuh sangat cantik..
 "PERMOHONAN KOLEJ GAGAL"

jadi sekarang aku nak kata alhamdulilah ata apa?
ok,aku dah pun kata alhamdulilah..pasal nak buat rayuan,
nanti la dulu..hee..

ok...4.11.2011 timbul lagi 1 penantian.. KEPT FINAL PRA DIP. dan DIP mei - sept 2011..
harap2 kali nih with flying colours..    21.11.2011,kept.temuduga SPA kluar..
mana 1 aku duk tunggu tak tau..

ok papun,i want to wish good luck and all the best..wat kawan2 kat uitm yg nk trima result jmaat nih..wat "burung" aku kt matrik,jwab xam elok2.

Sunday, October 30, 2011

My LOVE,..BUT I CAN'T with u...

ASSALAMUALAIKUM... semuanya sihat2 kot,yg xsihat tuh pandai2 la buat pa yg sepatutnya...

hah,harinih aq wat entry yg "gila"..haha

awat la sekarang nih payah sangat nak dtg idea untuk update,
nak kata otak tepu sebab buat revision final x juga,
final sesi mei-sept 2011 dah lama abis,dah nak tau result dah pun...
tapi idea nih tetap juga xmau dtg2..hummm

harinih memang aku pening...
macam-macam kena fikir..
bila lah aku boleh buat apa aku minat?
aku minat
SASTERA , PSYKOLOGY , PENGAJIAN BAHASA atau BENDA2 YG BERKAITAN KAUNSELING, BAHASA  dan sewaktu dgnnya...

hah sekarang pa benda yang aku buat? langsung xkena dgn minat...
bila aku tgk kawan2 aku belajar benda diorang minat, serius aku jeles teramat sangat

sebab aku xboleh buat benda yang aku minat..aku terpaksa paksa diri aku untuk buat benda2 tuh..
aku tau,otak aku lemah dengan pengiraan yg complex..aku tau aku hanya ok dalam subjek yang memerlukan pembacaan dan kalau ada pengiraan,bukan pengiraan yg sangat complex..



GEOMATIK,dalam geomatik tuh aku kena jmp math,phy ..hah,mana aku nak boleh..tapi bila subject survey aku ok,sbb aku ada pembacaan...
tiba2 harituh aku p temuduga NURSE mana sesat xtau..xpnah aku terlintas dlm diri nak jadi nurse..

lain aku minat,lain yg jadi..huhu..


                              hah,aku dah jadi mcm DOMO-KUN...domo tlg gna intrnet untuk aq..haha


















Saturday, October 29, 2011

saya dari UiTM PERLIS,kampus ARAU

assalamualaikum..dan salam sejahtera

hari nih,aku tak tahu apa mimpi aku,tiba2 aku join satu contest nih...contest yg diber nama
"saya dari universiti *(masukan nama universiti korang)..contest nih ialah ilham member blog aku yg bernama suhazli...
http://suhazlimembebel.blogspot.com/2011/07/saya-dari-universiti.html
  
korang boleh klik link kat atas tuh kalau nak join..huhu....


        Lepas tampal banner tuh,jangan lupa jawab soalan mudah yang diberikan...

                   nama panggilan
> zarith
 
       tempat belajar
> UiTM PERLIS,KAMPUS ARAU
 
    course
> DIPLOMA IN GEOMATIC SCIENCE ( AP120)
 
 
ha,dah siap pun..senang je kan soalan dia..
jom la pakat2 join ramai2...
kepada senior AP120 tlg la beri tunjuk ajr ,sebab budak ni baru lagi dalam course nih..
baru saja menamatkan pengajian sem 1..tak lama lagi nak masuk sem 2 pula..huhu...
 


Friday, October 28, 2011

bila dah terkenang zaman bljr ABC

 assalamualaikum...
 hari nih 28/10/2011..
seperti yg dijanjikan dan dirancang.. tepat jam 10 pagi,kami bergerak ke tempat yg dituju menaiki
"jet pejuang"..
jet pejuang la sgt,p sekolah ja pun..haha...tujuan utama  p sekolah sebenarnya nak ambil sijil SPM yg dah lama berperuk kat sekolah tuh...bila dah ada sijil SPM boleh la nak pergi minta kerja..haha....

biasa lakan bila dah pergi sekolah,mesti lah jumpa macam2 cikgu kan?
cikgu pun buat lawak,pasal rindu kat anak didik ..
sampai2,jumpa cikgu,cikgu panggil
" ha,mahasiswi" dtg dah...bangga la juga dgr perkataan mahasiswi tuh,sebab selalunya kat U ja org sebut perkataan tuh...sebenarnya cikgu2 tuh happy sebab anak2 didik diorang berjaya,walaupun masa sekolah mmg teramat2 baik..setiap hari kena marah..
berkat kena marah dgn cikgu setiap hari la,kami semua berjaya capai seperti skrg..
kalu cikgu2 biarkan kami hanyut,mungkin smp skrg kami hanyut xpun mungkin dah lemas...
bila dah dapat sijil nak p INTERVIEW kerja tuh,kami ronda2 sekolah..nih pasal rindu dgn suasana sekolah,yer la 5 tahun belajar kat situ..memang la rindu...

bila dah habis ronda..kami decide nak pergi miunum ,sebab masing2 keluar rumah tanpa bersarapan...
lepas dah kenyang,apa lagi singgah ARAU MALL la...pukul 12 baru balik rumah masing2..

bila tibanya petang,terjadi pulak agenda lain...apa lagi kumpul kat PASAR MALAM arau LA,sebab masing2 dah lama x jejak kaki kat situ sejak sambung bljr..bila dah kumpul ramai2 mmg bising la pasar malam tuh,macam kami yg pnya tempat..haha...

apapun thank kat kawan2 < ana,ebah,pah,wani,intan,jat,nadya,ira> sebab sudi luangkan masa...
memang happy bila kuar dgn korang sebab, kawan kat U xmacam korang,..serius,korang la the best..

major dan minor tuh ibarat penambah rasa dlm masakan...

assalamualaikum..

aku xtahu,kenapa sekarang aku dah jarang nak update blog,walaupun skrg aq tgh cuti sem...

korang tahu x apa yg dimaksudkan subjek Major dan Minor..
sebelum nih aku xtahu pun maksud 2 subjek tuh...
tapi sekarang aku dah tahu..

major itu bermaksud subjek utama yg kita beljar dlm sesuatu bidang tuh..

minor pula bermaksud subjek sampingan yg kita belajar...

selalunya bila masuk maktab atau IPG mmg popular dgn 2 perkataan tuh..tapi klau kat IPTA kna tau sendiri apa minor dan major kos masing2..
dulu lepas SPM aku minat ckg..ingat nak amik berkaitan psykology..
tapi pa kan daya aq x capai benda tuh..
sekarang aku belajar geomatik..dulu aku xtau geomatik tuh pa..
tapi skrg aku dah tahu..
bagi geomatik subjek major ialah subjek survey..macam2 survey belajar..tapi masa part 1 nih belajar kenal survey saja..xda la susah sgt,cuma kna banyak pemahaman dan pengiraan..dalam survey atau kod subjek SUG nih bljr pa tuh surveying,alat apa org guna masa buat surveying...bagi SUG100 iaitu pengenalan kpd survey akan ada kelas berbentuk kuliah , tutorial , dan LP (latihan praktikal)..ke 3 klas nih ada jam kredit yg beza...masa kuliah slalunya klas gabung,dan lectre bnyk bgi pnerangan.. masa tutorial pula,masa untuk buat presentation ,latihan atau sesi soaljawab dgn lectre..masa tutorial kelas x gabung,jadi lectre sng nk ajar sbb student sikit..masa LP nih pula macam praktikkan balik apa yg bljr dlm kuliah dlm bentuk praktik dgn alat yg sebenar...kalau belajar pasal compass ,bila LP praktik mcm na nak guna compass..dalam LP ada bahagi grup..sbb LP nih buat kerja berkumpulan..dan bila nak akhir sem akan ada report untuk LP..

subjek minor untuk geomatik pula ialah comp.application ,math,phy,bi, dan agama..
comp.application nih belajar masa sem 1 dan 3 ja..math pulak,masa sem 1,pre calculus..bila sem 2 ,belajar calculus 1 kalau x repeat pre calculus,..sem 3 pulak belajar engineering math...Physics pula belajar masa sem 1 ja..silibus phy ni mcm silibus phy taraf stpm..bila masuk sem 2,xda phy,tapi ada engineering in surveying...bi dgn agama mmg akn belajar smp sem 3..

bila masuk sem 4,barulah dipecahkan kpd pengkhususan yg betul..macam sem 1- sem 3 nih kos AP120,121,122 belajar benda yg sama..bila dah sem 4,5,6 dah xsama lagi...

geomatik ni sebenarnya bukan 1 kos yg popular bagi masyarakat sekeliling..ramai yg xtau geomatik tuh pa..
kalau masuk uitm baru tau geomatik tuh apa..tuh pun kalau berada di kampus2 uitm yg ada kos geomatik nih..

serba sedikit pasal geomatik..huhu..

Monday, October 24, 2011

memory dgn budak2 APD1Ca

assalamualaikum...
YEAHHHHHHHHHH... finally cuti sem nih sangat menyeronokkan aku...
terbaik la,cuti sebulan aq xtau nak buat pa...memory slps SPM kembali lagi..haha...
ok ,aq xnak bercoloteh,taip merapu ..haha...

ok fine,long time i not update my blog...
i don't have any idea to update..
but today im tried to update...

weh,
xlama lagi nak masuk SEMESTER 2 dah,biar betul??
warghhhh,4.11.2011 keputusan final sem 1 keluar
oh no,aq xsanggup nak tengok result aku with flying colour tuh...
                            hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm
agak2 macam-mana la semester 2 nantikan?
tunggu dan lihat saja la...
i don't know,what im to desribe about my semester 1,
it's best,it's bored??
i don't know that...what i know is
it's give me new experience with new challenges
i knew my new friend....

              "DIP.GEOMATIC SCIENCE, APD1Ca"
that my course n my group....
seriously,that course make me burden sometime...
i must studied PHYSICS,wau its so wonderful ...

many memories is desribe with APD1CA..
with 8 girls and 15 boys..
happy and sad ending with them, and we like 1 family at UiTM PERLIS,kampus ARAU...

~ SESI FOTOGRAFI apd1ca~
 


gambar semasa LP (latihan praktikal)
inilah yg dinamakan THEODOLITE..alat untuk merenung masa depan...haha...


 

Friday, October 14, 2011

KEYAKINAN

Disember menghilang
sabit januari menjelang
makin pendek perjalanan
dada berdebar kian kencang.

kuterima warkah durjana
dari pusat kota
lahir dari pelacur bahasa
ingin membunuh cinta bonda
hatiku terseksa.

semalam hatiku mengembara
satu kepastian menjelma
kian banyak pelacur bahasa
berkeliaran memperniaga diri
tahun enam puluh tujuh pasti menjelang
satu keyakinan kental terlayang-layang.

akan kuyakini
keyakinan kental akan hidup
kerana didada kita ia bertaut.


* sajak KEYAKINAN hasil nukilan ALLAHYARHAM SABAR BIN BOHARI di Sungai Besar,Selangor..
   sebenarnya arwah merupakan datuk aku disebelah ibu...
   arwah semasa hayatnya banyak mengarang cerpen dan menulis sajak,mungkin ramai diantara kita yang 
   tidak  mengenali beliau ,kerana namanya tidaklah se gah penulis2 terkenal di negara kita..

Sunday, October 9, 2011

memoir with "MEREKA"

akhirnya,berakhir sudah,semester 1 dan junior di UiTm perlis.....setelah lebih kurang 3 minggu mengharungi final exam yang sangat mencabar....

semester1 mmg bnyak meninggalkan kenangan pahit manis buat diri aku..disinilah aku belajar cara hidup di asrama dgn 2 org roomates aku NUR IZZATI SHAKINA dan NURUL FARHANA kat kolej Dahlia 2....

izzaty dan farhana

aku bersyukur sangat sebab dapat roomates macam diorang nih..macam2 benda baru aku belajar dari diorang...walaupun kami berlainan negeri,daerah,kos tapi kami tetap happy macam 1 family...
memang bohonglah kalau aku kata,kitarang xpernah bergaduh...kitarang memang selalu bergaduh,tapi biasa lah gaduh2 manja..berebut makanan,berebut air dan macam2 lah...tapi semua tuh la yg membuatkan kami jadi akrab....

sedih juga sebab xsempat nak bergambar kenangan sebelum balik ke rumah masing2....
insya-Allah kita akan jumpa lagi sem depan....
apa pun aku SUKA kawan dengan korang...kan kita sehati sejiwa....
                 

Saturday, October 8, 2011

my first interview in my life

pejam celik,pejam celik, esok dah nak balik umah,maka bermulalah cuti semester ..berakhir sudah semester 1...syukur kpd ALLAH sangat2,krn aku boleh mengharungi 1 sem dgn baik....ok aku xnak cerita pasal sem 1 nih,tapi aku nak cerita bnda lain......

aku kini bljr di IPTA,tapi dlm masa yg sama,tawaran supaya aq mnghadiri 1 temuduga diterima,pada mulanya aku xtahu sama ada nak pegi atau x..perasaan aku berbelah bagi...kalau aku pegi,dan ditakdirkan dapat,mesti mak ayah aku suruh aku keluar dari sini,tapi kalau aku xpegi pun rugi juga...jadi pa yg terbaik untuk aku?aku dah buntu sangat2..aku jumpa lecture aku,sir khairy,aku minta pendapat dya,mmg kna "brainwash" la...pendapat dya,dya suh aku try temuduga tuh..
sebenarnya aku sayang nak tinggal tempat aku beljar sekrang...tempat pertama yang mengajar aku erti kerjasama,erti kehidupan di dunia dan macam2,kat sini aku belajar bnyak bnda baru,dari aku xkenal pa benda tuh THEODOLITE,skrg aku dah kenal,dan aku dah guna dia...

setelah perbincangan dibuat,aku buat keputusan untuk pergi temuduga tuh,tapi aku rasa macam xyakin untuk dapt jawatan tuh...
kalau ditakdirkan dapat,mungkin sem 1 ialah sem terakhir aku kat sini,kalau xdapat mungkin rezeki aku untuk terus belajar hingga diploma kat sini...

kadang - kadang aku fikir,kenapa sampai 2 peluang datang kat aku?kenapa apa yg aku dapat semuanya bukan first choice aku....aku masuk uitm pun,bkn atas kos yg jadi first choice...kadang2 aku terteakan...apa patut aku buat sekarang???bila aku boleh capai cita-cita aku???

ntahlah apa pun kita tunggu keputusannya nanti..sebut pasal keputusan,aku takut keputusan final aku teruk...Aku x sanggup nak repeat...aku takut aku dapt truk,aku macam xyakin dgn apa yg aku jawab..apa pun aku harap yg terbaik akan muncul.....

mode: menghabiskan malam terakhir kat kolej sebelum semua bertolak pulang ke rumah......