Friday, September 30, 2011

hidup aku sebagai budak part1

Tanggal 21 mei 2011 menjadi detik bersejarah buat diri aku dan rakan2 seangkatan ,tarikh itulah tarikh keramat bermulanya kehidupan di Universiti..
masa awal datang,semua macam terkejut,malu2,kenal pun belum..kalau nak kenal pun kenal dgn kawan 1 sekolah..kawan bilik pun tak kenal sangat...tapi sekarang semua dah berubah...dari tak kenal terus kenal..kawan sebilik pun terus jadi rapat macam family sendiri...

Pejam celik pejam celik,dah nak tamat pun semester 1 atau part 1...kalau sekolah mungkin panggil darjah 1 atau tingkatan 1..makna lepas nih xdalah istilah junior...kalau sebelum nih,kalau sebut junior mesti lah part 1...
xdalagi tidur kat kolej,pergi bilik kawan ,lepak tgk movie dalam bilik kawan,makan sama-sama dan macam-macam lagi..

Cepat sungguh masa berjalan,sedar tak sedar dah hampir 5 bulan belajar kat U,rasa mcm mana suasana kehidupan kat U...kenal macam-macam kawan dari macam2 negeri..nak kata kenal kawan pelbagai kaum tak juga,sebab kat sini ada pelajar bumiputera ja...boleh tengok macam-macam ragam manusia kat U,kalau masa pagi macam masa pagi,kadang-kadang tengok macam haiwan keluar dari kandang pergi cari makan,masing-masing dengan haluan ke kelas masing2...kelas pun mula xsama ada yang mula pukul 8 pagi..ada juga pukul 2.30 baru mula kelas...bila malam,kebanyakannya akan stayup untuk siapkan assignment,tutorial ,study dan macam2 la..jadi mesin air "gledeng" pun jadi tumpuan pelajar untuk beli air tin macam nescafe dan sebagainya...selalu kalau nak stayup,nescafe la jadi keutamaan..

Itulah kisah kehidupan di kolej...lepas nih,mungkin ada yang kekal di kolej,atau pun jadi pelajar NR..sapa-sapa yang join komander atau palapes memang konfirm ada tempat kat kolej la,bagi pelajar biasa,belum tentu lagi...kalau kekal di kolej pun,mungkin dah xdapat kawan sebilik yang sama,..

Lepas nih xda lagi "gaduh-gaduh" kat bilik DA2037.....

Thursday, September 29, 2011

hitam putih kehidupan.....

Aku xtahu,apa yang jadi dengan diri aku hari nih...nak kata demam,xdemam pun,sihat ja...tapi harini tiba2 aku suka kacau kawan aku...aku ambil gmbr dia aku buat sbg DP fb aku,nakal kan aku??
knp dengan aku nih???

TIBA-TIBA aku rasa tension dengan diri aku sendiri,selalunya aku jarang tension ngan diri aku,tapi hari nih ,diri aku buat aku jadi tension...nih kali pertama aku pendam sorang2,selalunya aku akan cari besties aku,aku akan cerita kat dya,tapi harinih aku senyap....mungkin aku xnak ganggu dya,sebab dya pun tension dgn masalah dya..petang kelmarin dya dah buat luahan hati dan perasaan kat aku,jadi xkan aku nak tambah beban dia lagi kot..
aku tak suka fikir benda yang dah lepas,tapi knp aku perlu fikir juga benda tuh?? warghhhhhhhh,aku tak suka..tapi kenapa ia mesti melibatkan masa depan aku??? KENAPA KENAPa KENAPA????
knp aq xmacam org lain??
banyaknya dugaan yg ALLAH uji aku,mungkin ALLAH nak tgk aku sabar atau x....
ok,aku akan try bersabar...tapi boleh kah?
aku xkuat nak hadapi semua nih...

Wednesday, September 28, 2011

COrEtAn Masa senggang.....

sekian lama jari jemari tidak menaip,asyik khusyuk memegang pen pensel dan kalkulator...tapi hari nih ntah kenapa,jari jemari ini begitu rakus untuk menaip..ah biar lah dia rakus menaip,aku hanya mngikut sahaja gerak geri jari ini..apa yg hendak ditaip,biar lah ia mengikut gerak gerinya,sudah malas untuk aku mengongkong jari ini untuk terus menaip...aku hanya menyampai idea tapi jari jemari ku yg mengolahkan idea tersebut untuk lebih menarik..aku menanti cerita dari mu wahai jari....

Peperiksaan akhir pljr diploma telah pun bermula dah aku telah pun berjaya menjawab 4 subjek dgn jaya nya,dan tinggal lagi 1 subjek yg belum tahu nasibnya...
sekarang nih musim org BERGRADUASI k?? aku cemburu tgk org memakai jubah untuk graduasi..aku pun nak macam tuh juga,tapi boleh kah aku jadi seperti mereka?boleh kah aku menamatkan diploma aku dalam kursus sains geomatik tuh?semuanya masih belum pasti,kerna aku masih belum selesai dgn perjuangan aku di semester 1...5 semester lagi menungguku dgn sabar,perjalanan masih panjang,berkemungkinan juga aku akn habiskan diploma dlm bidang lain,semua itu ada ditangan ALLAH..kita hanya mampu merancang tapi DIA yang menentukan segalanya...

aku tengok muka mak ayah para graduan tuh happy ja,aku pun nak juga mak ayah aku tersenyum kegembiraan macam tuh,aku pun nak juga mak ayah aku tgk aku menggenggam segululung DIPLOMA dan IJAZAH macam mak ayah org lain tgk anak dia pegang segulung diploma mahupun ijazah..macam mana gembiranya mak ayah aku masa nak antar aku masuk U dulu,walaupun hakikatnya aku sendiri tak semangat untuk datang,tapi demi mak ayah aku daftar gak sebagai pelajar U...

perjalanan aku sebagai pelajar masih jauh di hadapan,dan makin tinggi untuk aku capai....aku nak capai "BINTANG"..macam2 lurah dan liku perlu aku tempuhi untuk aq capai bintang tuh..
tak ada ka ' shortcut ' untuk aku capai bintang tuh?? baru aku tahu betapa susahnya belajar demi nak genggam segulung diploma...rupanya xada benda yg senang untuk belajar..macam tuh la masa kita kecil2 dulu,bukan lahir2 terus pandai ABC,susah juga nak sebut ABC tapi akhirnya kita boleh juga ABC sampai kita tahu baca dan boleh amik UPSR,PMR,SPM....

mood :PRE CALCULUS + ADD MATH.....

Saturday, September 3, 2011

"LIFE LIKE DRAWING PAPER"

Apa ertinya kehidupan pada kita semua??,mungkin setiap orang mempunyai definisi yg berbeza untuk menterjemahkan apa itu KEHIDUPAN....
      
       Bagi aku,kehidupan tuh ibarat kertas lukisan warna putih yg belum diconteng apa-apa...Bukankah kita dilahirkan sbg seorang manusia yg bersih,dan kita sendiri yg mencorakkan kehidupan kita untuk jadi baik atau sebaliknya..macam tuh la kertas lukisan,kertas lukisan,pada awalnya warna putih,tanpa sebarang corak,tetapi bila diwarnakan,dilukis atau apa2 sahaja,maka kertas tuh pun bertukar wajah,sama ada cantik atau belemoih/comot/kotor (maksud yg sama saja 3 perkataan tuh)..
      
       Mungkin sekarang,kehidupan aku dah berbeza..kalau dahulu aku berdiri sebagai seorang pelajar aliran akaun kat sekolah biasa,tetapi sekarang aku berdiri sebagai seorang pelajar fakulti senibina perancangan dan ukur (FSPU) di sebuah universiti tempatan..kadang-kadang kehidupan nih buat aku tertekan,tapi aku cuba nak jadi kuat,aku nak lawan...kadang-kadang aku akan down...seriously,kebelakangan nih aku selalu down dengan diri aku sendiri,aku cepat putus asa..aku xtahu kenapa aku boleh jadi macam nih..bila jadi macam nih aku akan cari seseorang yg boleh motivated diri aku...
       Bila aku down,aku akan cari orang tuh,.dia la yg selalu bagi nasihat kat aku,motivated aku supaya aq jadi kuat...bila ada masalah aku sanggup pendamkan masalah tuh dari pengetahuan mak ayah aku,aku xnak diorang sedih..aku tau aku dah banyak melukakan perasaan mak ayah aku...aku nak jadi anak yg boleh menggembirakan mak ayah aku...kadang2 aku teringat kata-kata cikgu kumpulan Kesatria Negara aku
"kamu semua nih,harapan kedua ibu bapa kamu,jadi jgn hampakan mereka"...bila aku ingat kata2 tuh,memang aku jadi sebak...
        kadang aku rasa macam nak keluar dari UiTM,mana taknya tertekan sgt2,quiz test asyik nak failed ja,kawan2 semua pandai2,kadang2 aku rasa aku la paling BODOH dalam tuh,..memang aku jelez dgn diorang,bila test atau quiz diorang blh dapat elok dari aku,tapi knp aq xboleh??kadang2 aku terfikir
    "adakah aku tersilap pilih jalan untuk haluan hidup aku?"
aku cerita pada "burung" aku,dia la yg pujuk aku,motivated aku...dia cakap pada aku
  "kau ingat lagi x,apa yang kau kata pada aku,sebelum kau masuk UiTM?"
  "kau dah janji,yang kau xkan putus asa walau apa pun terjadi"
kadang2 aku rasa menyesal,aku pilih laluan tuh,tapi apa boleh buat,tuh yang aku pilih,jadi aku kena kuatkan semangat aku untuk harungi semua tuh...
          
             "TAK SUSAH KALAU NAK SUSAH,
           TAK SENANG KALAU NAK SENANG"

ASSALAMUALAIKUM....SELAMAT MEMBACA...:)