Showing posts with label hidup macam roda. Show all posts
Showing posts with label hidup macam roda. Show all posts

Monday, May 28, 2012

kosong



assalamualaikum..

sudah lama aku xupdate blog ni kan.. last update 29.4.2012..
harini dah 28.5.2012.. hampir2 sebulan xupdate,,
bukan xnak update tapi aku kekontangan idea nak menaip...




tengah2 meronda kat internet sambil dgr lagu KOSONG tba2 teringat nak update blog 
berkaitan dengan kosong,bkn nak cerita pasal lagu kosong tuh tapi cerita lain..


sebenarnya, cuti sem untuk pljr uitm dah nak habis.. tapi aku langsung xda semangat nak teruskan di sana
aku rasa kosong sangat... rasa macam xmampu nak teruskan..

lagipun 2 org kawan yg selalu dengan aku kat kampus dah quit dari situ,jadi aku betul2 rasa kosong..

bukan bermakna aku xda kawan lain,ada kawan tapi x seakrab dengan 2 org nih..
rasa macam aku pun nak quit dari uitm gak...
apa guna aku beljar kat sana klau result asyik buat aku kecewa.. bila tengok result mesti ada subjek yg membuatkan aku kecewa... dah tak tahu nak belajar mcm na lgi,tpi result macam tuh juga..



orang lain berkobar2 nak masuk sem baru,aku xda semangat langsung...

aku xkuat nak hadapi semua nih.. aku perlukan seseorang,tapi aku tak tahu siapa..
aku jeles tengok kawan2 aku yg gembira dengan kehidupan sebagai pelajar..
kadang2 aku menyesal sebab xmasuk form6, aku tahu minat aku ada dekat form6 tapi aku tak mampu 

nak lawan kehendak org sekeliling aku yg nak aku masuk uitm..
aku masuk uitm nih best,tapi sebab 1 subjek ja aku terus down....


nak hilangkan rasa tertekan,aku enjoy kat tempat kerja  ngan kawan2... bila aku keseorangan aku akan sedih,.. 


have a nice day.. :)




Saturday, December 31, 2011

bila sesuatu yg baru akn mula,yang lama akn dikenang

assalamualaikum,salam sajahtera

sedangku berjalan-jalan di fb dan blog,aku perhatikan ,ramai yg mengupdate mengenai tahun baru.
ya tahun baru akan menjelang...
tahun 2012 akan menjelang tidak lama lagi,dan 2011 akan pergi tanpa kembali lagi..
pejam celik,pejam celik,cepat sahaja masa berlalu,2011 akan menghilangkan diri..
walaupun 2011 akan pergi,tetapi kenangan yg ada dalam 2011 tetap dalam ingatan.

                                                         -----****-----

kalau dikenang,memang banyak memori dalam tahun 2011 nih..
ada suka dan ada yg duka..
memori yg suka mungkin aku akan ingat ,tapi untuk yg duka,.biarlah ia bersemadi di dalam hati aku..

aku tak pasti samaada tahun 2011 nihaku jadi lebih baik dari 2010 atau sebaliknya..
tapi aku harap untuk tahun baru nih,aku nak pandang ke depan,aku dah tak nak pandang belakang lagi..
biarlah apa yg terjadi sebelum nih ialah pengajaran untuk aku...

"tahun,semakin lama makin kedepan,tapi diri kita adakah semakin lama makin ke depan seiring dgn tahun atau sebaliknya"

aku tahu,dalam hidup nih,aku perlu jalani pelbagai dugaan dan cabaran,..banyak tanggungjawab yg perlu aku pikul..jadi aku akan cuba untuk jadi matang dalam membuat keputusan untuk diri aku.

"hidup kita ibarat bumper di atas jalan"

bila aku sorang2 aku suka ingat kata2 nih

                                 "TAK SUSAH KALAU NAK SUSAH,
                    TAK SENANG KALAU NAK SENANG"

                                                           ---------***-------------
  
                                   
                        

Wednesday, November 30, 2011

hati yg menangis


langit x selalau cerahkan
ada kala nya langit tuh gelap seperti nak hujan
bila langit gelap,manusia masing2 seperti lipas kudung..

sebenarnya,aku ibaratkan langit tuh seperti diri aku\
mungkin orang sekeliling lihat aku seperti tiada masalah
tapi sebenarnya banyak yg tersirat di sebalik hati nih

bila aku tertekan,aku xtahu pada siapa aku nak luahkan
aku luah pada diri aku pun tiada guna,sebab masalah diri aku sendiri
nak luah pada kawan2,xsemua kawan sudi dengar
tapi bila kawan dalam kesedihan,boleh pulak cari kita untuk luahkan

kadang2 rasa cemburu memang wujud 
tapi bila difikirkan,kenapa mesti nak cemburukan
tapi aku tetap cemburu,sebab aku xpernah dapat macam kawan2 aku dapAt
aku nak juga rasa macam mana bila dapat DL..

orang cakap semua manusia otak sama
cuma berbeza kelebihan dan kekurangan
tapi kenapa aku xtahu apa kelebihan dan kekurangan aku?
mana silap aku?

boleh tak kalau aku xmahu hidup?
aku rasa macam apa yang aku beljar selama nih sia2 sahaja
aku dah tiada kekuatan nak kembali kan semangat tuh
aku dah keliru dengan diri aku sendiri
tiap2 hari aku fikir perkara yg sama
aku dah betul2 tertekan.
kadang2 aku tanya diri aku sendiri,betulkah jalan aku lalui sekarang?
kerna aku rasa macam jaln aku ambil nih banyak sangat liku2

Friday, November 18, 2011

Aku tak kuat untuk harungi semua nih..

Assalamualaikum...

kenapa kebelakangan nih langit bila waktu malam dah x dipenuhi dgn bintang??
aku perlukan bintang tuh untuk menerangi hati yg gelap nih...

setiap apa yang berlaku dalam hidup nih mesti ada hikmahkan?
mungkin kali nih aku x bernasib baik macam kawan2 aku..
pertama sekali aku di uji dgn permohonan kolej gagal..ok aq x menagis sebab tuh..
tiba2 aku diuji pula sekali lagi, keputusan final sem1 aku yang sangat mengecewakan...kali nih memang aku nangis,tapi aku cuba lawan,aku cuba sembunyi,aku cuba untuk jadi kuat...

tapi sekarang,aku hanya menangis kesedihan..bila aku dapat tau yang kawan aku yg sentiasa dgn aku masa kat U dah xkan bersama aku lagi..kenapa aku diuji sampai macam nih???
ok,aku xboleh lawan takdir,mungkin ini bukan rezeki aku..

serius aku sedih + jeles bila tgk kawan2 aku semua balik ke tempat belajar masing2..tinggal aku ja keseorangan ,yang lain semua dah berterbangan..bila jumpa,masing2 hanya senyum,untuk lawan perasaan sedih ... tapi apa boleh buatkan demi masa depan,demi mak ayah,kena tabah la juga...

aku rindu masa sekolah,masa sama2 dgn kawan2...aku xtahu samaada bila masuk sem baru nih aku boleh tempuhi atau x,sebab aku sendiri tahu,yang sem akn dtg nih sangat mencabar dia punya subjek..tapi apa boleh buat,dah tuh keputusan yg aku ambil masa daftar dulu,aku kena juga laluinya..walaupun aku tahu,jauh di lubuk hati aku rasa terseksa dengan semuanih..
aku tak kuat nak harungi semua nih...

merenung masa depan yg belum pasti..

apa kesusahan yang kita alami sekarang mungkin 1 tiket untuk kita senang pada masa depan..

Saturday, November 5, 2011

redha dgn apa yg berlaku..

assalamualaikum...

orang lain sibuk cerita pasal result masing2,
tapi aku x semangat nak cerita result aku...
aku tahu,result korang semua gempak2,dekan segala bagai,tiada istilah
repeat dlm result korang..
serius,aku jeles dgn korang..aku tahu korang pandai2,xmacam aku,aku rasa macxam aku buang masa ja
study..tapi pa boleh buatkan,redha je lah...
walaupun xdekan,aku happy dgn result aku,sebab aku x DISMISS..aku tau,benda yg aku belajar
sekarang memang sgt tuff dan org yg betul2 kuat dan tabah ja boleh buat bnda tuh...
pa boleh buat,aku xnak,tapi aku tiada pilihan lain..
gipun aku xboleh dgn subjek kira2...

result aku,ok la...repeat tuh benda biasa la kan...
papun aku gembira dgn
result BEL120,CTU101,SUG100,SUG130...
xpernah dlm hidup aku,bila datang peperiksaan sebenar,english dapat B...selalunya nak dapat C pun payah....
SUG100 tuh aku nak ucap terima kasih kat lecturer aku,sir khairy,sbb selalu marah aku,bagi nasihat kat aku,ajar aku sampai aku paham,dan aku lulus gak paper tuh...SUG130 lgi la,subjek yg aku xpnah study btul2 n selalu main2,ingat macam nak repeat ja..tapi bila tgk result B...terkejut sangat2..

tapi aku tetap kecewa dgn mat133 and phy120...
thank kat kawan2 aku,zaty,masyitah,fira,mas, sbb ajar aku,apa yg aku xpaham...

Thursday, November 3, 2011

penantian 1 penyeksaan

assalamualaikum...

oh no,esok adalah hari yg aku tak tahu nak desribe macam mana..
SEDIH ? GEMBIRA ? SEDIH + GEMBIRA ?

ok seriusly im not ready yet for tomorrow and i feel like i dn't want to see my exam result
can i do that??
takut weh,cuak semua ada..
tak pernah aku rasa macam nih sebelum nih,masa nak amik result SPM lu pun aku still boleh relax..

fikiran aku masa nih sdg bercelaru..mcm2 soalan ada dlm otak aku sekarang
antaranya :
  > adakah keputusan peperiksaan aku,akan musnahkan masa depan aku di UITM??
 > adakah aku akan menangis kegembiraan seperti aku menatap keputusan SPM aku ??
 > adakah aku akan menangis kesedihan,pabila subjek yg aku target x capai sasaran ??
 > adakah aku mampu buatkan ibu ayah aku tersenyum gembira seperti mereka hantar aku kat UITM arituh??

apa pun aku mengharapkan yg terbaik..aku tau aku dah usaha sebaik mungkin,dan aku tahu mungkin akan ada 1 subjek yg aku kena repeat,sebab aku memang xboleh jawab paper MAT133 dgn baik...sebabnya masa ari kertas tuh,aq rasa loya dan muntah...
kalau ditakdirkan kena repeat pun aku xsedih,sbb mmg aku dah jangka..
tapi aku harap pointer aku ok...

perasaan aku mcm org xda perasaan...haha...

" YA ALLAH,KAU KURNIAKAN LAH KEPADA KAMI SEBUAH KEJAYAAN DALAM HIDUP KAMI YA ALLAH..
BIARLAH APA YG KAMI USAHAKAN MEMBUAHKAN HASIL YA ALLAH,
BIARLAH KEPUTUSAN YG KAMI TERIMA KEPUTUSAN YG MENGGEMBIRAKAN IBU DAN AYAH KAMI.."

amiin....

Saturday, October 8, 2011

my first interview in my life

pejam celik,pejam celik, esok dah nak balik umah,maka bermulalah cuti semester ..berakhir sudah semester 1...syukur kpd ALLAH sangat2,krn aku boleh mengharungi 1 sem dgn baik....ok aku xnak cerita pasal sem 1 nih,tapi aku nak cerita bnda lain......

aku kini bljr di IPTA,tapi dlm masa yg sama,tawaran supaya aq mnghadiri 1 temuduga diterima,pada mulanya aku xtahu sama ada nak pegi atau x..perasaan aku berbelah bagi...kalau aku pegi,dan ditakdirkan dapat,mesti mak ayah aku suruh aku keluar dari sini,tapi kalau aku xpegi pun rugi juga...jadi pa yg terbaik untuk aku?aku dah buntu sangat2..aku jumpa lecture aku,sir khairy,aku minta pendapat dya,mmg kna "brainwash" la...pendapat dya,dya suh aku try temuduga tuh..
sebenarnya aku sayang nak tinggal tempat aku beljar sekrang...tempat pertama yang mengajar aku erti kerjasama,erti kehidupan di dunia dan macam2,kat sini aku belajar bnyak bnda baru,dari aku xkenal pa benda tuh THEODOLITE,skrg aku dah kenal,dan aku dah guna dia...

setelah perbincangan dibuat,aku buat keputusan untuk pergi temuduga tuh,tapi aku rasa macam xyakin untuk dapt jawatan tuh...
kalau ditakdirkan dapat,mungkin sem 1 ialah sem terakhir aku kat sini,kalau xdapat mungkin rezeki aku untuk terus belajar hingga diploma kat sini...

kadang - kadang aku fikir,kenapa sampai 2 peluang datang kat aku?kenapa apa yg aku dapat semuanya bukan first choice aku....aku masuk uitm pun,bkn atas kos yg jadi first choice...kadang2 aku terteakan...apa patut aku buat sekarang???bila aku boleh capai cita-cita aku???

ntahlah apa pun kita tunggu keputusannya nanti..sebut pasal keputusan,aku takut keputusan final aku teruk...Aku x sanggup nak repeat...aku takut aku dapt truk,aku macam xyakin dgn apa yg aku jawab..apa pun aku harap yg terbaik akan muncul.....

mode: menghabiskan malam terakhir kat kolej sebelum semua bertolak pulang ke rumah......

Thursday, April 28, 2011

hidup aku , memoir aku

baru aku sedar,rupa-rupanya dah hampir 18 tahun aku hidup di dunia nih,dan pelbagai gelagat dan ragam manusia aku kenal...
(1993-2011)
detik 19 JUN 1993 jam xdapat di pastikan bertempat di hosp.besar kangar / hosp.tuanku fauziah aku dilahirkan..kemudian aku diazankan oleh ayah aku sendiri...kemudian aku diberi dgn pelbagai nama oleh ahli keluargaku,akhirnya 1 nama telah dipersetujui ramai pihak..maka sebab itulah aku diberi nama 
TZSTMY.....aku dibesarkan dalam keluarga yang sederhana sahaja hidupnya..aku xpernah rasa bagaimana rasanya hidup mewah..bila org yg baru kenal aku,mentaliti diorang terhadap aku ialah aku anak org kaya,sebab nama aku bermula dengan TENGKU...aku hairanlah,kalau nama tengku,dia orang kaya ka??setahu aku tengku tuh hanya la keturunan atau kerabat diraja..tapi xbermaksud hidup aku macam raja...hidup aku macam insan normal yg lain,tinggal di rumah yg biasa, rumah pondok ja...aku belajar di sekolah biasa,sekolah di luar bandar..
sejak kecil aku diajar oleh ibu bapaku untuk berdikari..aku tak kisah dengan semua tuh,sebab dari situ aku tahu macam mana sukarnya ibu bapa aku cari duit demi sesuap nasi untuk anak-anaknya..

sekarang aku nak cerita mengenai alam persekolahan aku...
(1998-1999)
.masa umur aku 5 tahun,mak aku masukkan aku ke tadika montessori putra putri,aku belajar kat sana sampai la umur aku 6 tahun...masa ni  cara percakapan aku xselancar org lain..sebab aku ada masalah dalam pertuturan..jadi masa tadika aku ditempatkan di kelas yg plg bawah,sebab cakap xberapa nak lancar..kesian kat aku kan??

(2000-2005)
masa umur aku 7 tahun,aku mula masuk ke alam persekolahan.alam persekolahan aku bermula di Sekolah Tengku Budriah,Arau...masa darjah 1 - darjah 3 aku berada di kelas MELUR,kelas nombor 4 kat sekolah tuh..aku xpandai,jadi xlayak la nak duk kelas A,ditambah pula dengan masalah pertuturan aku..aku dilahirkan gagap..jadi masa sekolah rendah,memang aku malu nak berinteraksi dgn org..aku lebih suka menyendiri..bila naik tahun 4,aku ditukarkan ke kelas Anggerik atau Pintar,kelas nombor 2 kat STB..aku duk kat kelas tuh sampai la aku darjah 6 dan ambil UPSR..5 tahun aku belajar di alam sekolah rendah...macam2 ragam kawan-kawan aku kenal..biasalA masing2 dgn perangai budak2...

(2006-2010)
bermulanya alam sekolah menengah..orang kata alam sekolah menengah ni susah dan mencabar...bagi aku,kalau hidup tiada cabaran,bukan namanya hidup la...disebabkan keputusan UPSR tak cemerlang,aku
"dikehendaki" melapor diri di Sekolah Menengah Kebangsaan Arau....sebuah sekolah biasa di tepi lebuhraya changlon - kuala perlis.....aku ditempatkan di kelas 1 bijaksana..kelas nombor 2 lagi...bila nak duk kelas nombor1 xtau..haha..masa ni baru la aku mula keluar dari dunia aku..bergaul dgn kawan2,masuk pertandingan dan macam2 la...maasa ditingkatan 2,sebab aku nih terlebih cerdik,cikgu tukarkan aku ke kelas 2 cekal,kelas nombor 3..bersama2 7 org kawan aku,kami ni mangsa keadaan..huhu..memang tertekan yg amat sangat,tapi belajar kelas tuh memang enjoy...apakan daya masa ditingkatan 3 aku ditukarkan lagi ke 3 bijaksana...hidup aku disekolah,asyik berpindah randah sahaja..masa nih aku tetap mengalami masalah pertuturan,tapi aku cuba nak hilangkan gagap tuh..masa ni juga la aku diberi kepercayaan sbg pengawas sekolah selama 3 tahun,bermula masa aku berada di tingkatan 3...tingkatan 3,aku terpaksa "bercinta" dengan PMR(08)...masa di tingkatan 3,aku dapat pengiktirafan dari phk sek untuk Anugerah M/P Terbaik bagi Bahasa melayu..syukur alhamdulilah,dan aku juga tersenarai dalam rangking 25 pelajar terbaik tingkatan 3..mungkin itu semua rezeki aku....ALHAMDULILAH....

lepas PMR masuk tingkatan 4,kawan2 ramai pindah pergi teknik..tapi aku masih di sekolah yg sama..sebab keputusan PMR yg sangat cantik aku berada di kelas 4prinsip akaun 2..kelas nombor 2 kat sek...apala nasib aku nih,dari sekolah rendah sampai menengah,kelas nombor 2 ja pilih aku..sedih betul..nama pun kelas akaun kan,kena la jumpa "best friend" aku..add math dan akaun..haha..masa nih,gagap aku dah berkurangan,alhamdulilah,masa di tingkatan 4 dan 5 aku tersenarai dalam rangking 30 pelajar terbaik...aku juga terpilih dalam prog.keluarga angkat kepada ckg2 kat sek aku.aku dapat seorang ayah angkat dan mak angkat untuk subjek bahasa melayu dan ekonomi asas..2010 aku kena bercinta lagi dengan SPM...alhamdulilah,keputusan pun dah keluar,..aku dapat result yang teramat-amat cantik sekali...

(2011)
aku dah xpergi sekolah..aku menjadi penganggur terhormat..haha...tapi jeles tengok org p sek...haha...aku rindu nak pegang pensil dan menulis ....kasihan kan???huhu....sekarang aku menunggu tawaran untuk menyambung pengajian..doakan aku ok...


p/s:ini hanya la coretan aku..tiada kena-mengena dengan sesiapun..hanya diri aku sahaja....
   HIDUP AKU , MEMOIR AKU.....