Friday, October 14, 2011

KEYAKINAN

Disember menghilang
sabit januari menjelang
makin pendek perjalanan
dada berdebar kian kencang.

kuterima warkah durjana
dari pusat kota
lahir dari pelacur bahasa
ingin membunuh cinta bonda
hatiku terseksa.

semalam hatiku mengembara
satu kepastian menjelma
kian banyak pelacur bahasa
berkeliaran memperniaga diri
tahun enam puluh tujuh pasti menjelang
satu keyakinan kental terlayang-layang.

akan kuyakini
keyakinan kental akan hidup
kerana didada kita ia bertaut.


* sajak KEYAKINAN hasil nukilan ALLAHYARHAM SABAR BIN BOHARI di Sungai Besar,Selangor..
   sebenarnya arwah merupakan datuk aku disebelah ibu...
   arwah semasa hayatnya banyak mengarang cerpen dan menulis sajak,mungkin ramai diantara kita yang 
   tidak  mengenali beliau ,kerana namanya tidaklah se gah penulis2 terkenal di negara kita..

No comments:

Post a Comment