Tuesday, February 22, 2011

"JOM MASUK U"

                                 Karnival Pengajian Tinggi : " JOM MASUK U"
                                disediakan oleh : tengku zarith sofia bt tengku mohd yusoff




KANGAR,19 feb 2011..kementerian pengajian tinggi telah menganjurkan 1 program khusus untuk mereka yg ingin melanjutkan pelajaran ke IPTA atau IPTS. Program yg dimaksudkan ialah 
program "JOM MASUK U" yang berlansung dengan meriahnya dan menerima sambutan yang amat menggalakkan dari pelajar sekolah,pelajar lepasan SPM/STPM serta ibu bapa yang hadir untuk mendapatkan maklumat mengenai IPTA dan IPTS yang mengambil bahagian...Program ini telah diadakan di DEWAN 2020,Kangar,Perlis dari jam 9 pagi - 5 petang..Perlis merupakan zon 5 program "jom masuk u" ini khusus untuk mereka yang berada di sekitar perlis/kedah..


    Program "JOM MASUK U" merupakan program "OUTREACH" tahunan Kementerian Pengajian Tinggi dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia..Program ini telah disertai oleh berpuluh-puluh buah IPTA dan IPTS dari seluruh Malaysia termasuk sabah dan sarawak..


    Selain itu,program ini juga menjadi Pusat sehenti bermaklumat  kepada para pelajar dan ibu bapa mengenai kemasukan ke IPTA atau IPTS,pembiayaan/tajaan/pinjaman pendidikan,akreaditasi,penyelarasan markah kokurikulum,permohonan ke IPTA/TEVT&ILKA melalui aplikasi dlm talian serta menyemak syarat kelayakan program...Selain pameran pendidikan,terdapat pelbagai lagi aktiviti menarik yang disediakan,antaranya kuiz'jom masuk u',cabutan bertuah dan lain-lain lagi..




p/s:hari ni,cokodokstory tukar bentuk penulisan dari penulisan biasa kpd penulisan berbentuk berita...kalau ada salah sila,tolong la tegur...hehe....

No comments:

Post a Comment