Monday, May 16, 2011

kisah aku dengan cikgu

assalamualaikum (mulakan sesuatu dgn memberi salam kan baik,dan menjawab salam itukan wajib..)

buat cikgu2,
   1.tadika montessori putra putri
   2.sekolah tengku budriah
   3.sekolah menengah kebangsaan arau

ok,hari ni, 16 mei 2011..apa yg ada pada 16 mei setiap tahun??? siapa yang tau??
 apa,hari guru??,ya betul..16 mei setiap tahun ialah sambutan hari guru,sebagai nak hargai jasa guru2 yg mengajar kita selama ni...

rupa-rupanya dah 13 tahun aku berada di alam persekolahan nih...
 2 tahun kat tadika , 6 tahun kat sekolah rendah , 5 tahun 7 hari kat sekolah menengah...macam2 ragam aku buat sepanjang aku bersekolah,..kadang2 rasa macam nak pergi sekolah balik ja,belajar dgn cikgu2,berbincang dgn kawan2,gaduh2 dgn ckg...tapi tuh semua dah jadi kenangan yg indah di dalam memori persekolahan..

masa tadika
-------> masa ni zaman budak2 lagi,memang xtahu apa2..yg tau,hari2 nak pergi tadika,sebab ada ramai kawan,boleh main kejar2,main masak2 dan macam2 la..

masa sekolah rendah
--------> masuk darjah 1,rasa macam duk tadika lagi,main kejar2,bising dalam kelas..
--------.> masuk darjah 2,selalu kena marah dgn cikgu sebab tulis lambat ,tulisan macam cakar ayam..
-------->masuk darjah 3,xda perubahan pun,sampai cikgu2 pening,xtau macam mana nak buat,nak bagi tulisan tuh lawa...
--------> masuk darjah 4,insaf sikit,sebab dah masuk tahap 2,kira macam senior la..haha..
-------->masuk darjah 5,minat dgn karangan,bm selalu A sebab karangan,tulisan dah xmacam cakar ayam lagi..
------->masuk darjah 6,masih dgn karangan..selalu skor karangan ja,dan plg xsuka math...tapi masa upsr subjek math pun skor juga..haha..

masa sekolah menengah
-----> tingkatan 1,xsuka dgn subjek math,selalu kena marah dgn cikgu math,sebab selalu dapat teruk untuk subjek tuh...
-----> tingkatan 2,tiba2 boleh jatuh cinta dgn math,sebab kali pertama betul2 faham apa yg ckg ajr..haha..
-----> tingkatan 3,cikgu lantik jadi pengawas sekolah, jadi ketua kelas n macam2..xtau knp ckg lantik,nak bagi lebih disiplin kot..haha..
------> tingkatan 4,selalu kena marah dgn ckg bm,sebab tulisan kecik sangat..haha...cikgu baca xpaham...
------>tingkatan 5, selalu kena panggil dgn kaunselor ataupun pngetua,dapat khidmat nasihat free..haha...tulisan masih lagi kena tegur,tapi dah boleh tulis besar2..kalau buat karangan ( tolak 2 mrkah sbb kesalhn ejaan)..:p...
------>pra-universiti,masuk seminggu ja,lps tuh keluar...ckg xnak lepas,tapi hati nih tetap nak kluar...huhu..

warghh,rasa sedih ja ..haha...tapi nak buat macam na,lepas ni dah jadi pljr IPTA/IPTS...huhu..

apa-apa pun tetap nak ucap terima kasih kat cikgu2 yg banyak beri tunjuk ajar,.tanpa mereka mungkin aku xdapat apa yg aku dapat sekarang...

        TERIMA KASIH CIKGU,JASAMU DIKENANG....

No comments:

Post a Comment