Friday, April 15, 2011

Add MATH.........easy to PASS but CRAZY to LEARN...

                             ADD MATH'S
         Add math's ......yang aku geruni,
      sukar untuk difahami,
      kerana aku tak kuat mengkaji,
      malas mengulang kaji.

      Cikgu mula tulis tajuk,
      aku sudah tak senang duduk,
      kepalaku terangguk-angguk,
      bukan faham tapi mengantuk.

      Formula itu formula ini,
      darab itu darab ini,
      bertambah bingung otakku kini,
      fikiranku melayang ke ITALI.

     Cikgu mengajar dengan teliti,
     aku belajar penuh emosi,
     tengok itu, tengok ini,
     tapi otakku belum dipenuhi.

     Cikgu mengajar semakin laju,
     badanku pula kian lesu,
     papan putih habis disapu,
     tajuk baru sudah menuggu,
     yang aku ini otak dah buntu.

     Suara cikgu semakin nyaring,
     aku pula naik boring,
     otak pun dah mereng,
     asyik teringat ayam goreng.

     Sekejap-sekejap tengok jam,
     "seru-resah" tak duduk diam,
     fikiran mengelamun mata terpejam.

     Cikgu Edy rakan ilmu hisab,
     sambil mengajar sambil mengusik,
     semua pelajar begitu asyik,
     kecuali aku sibuk membisik,
     bila nak balik??.

     Aku kini berazam baru,
     akan kuubah perangaiku ini,
     supaya boleh terus maju,
     yang penting masuk "U".

     TERIMA KASIH BUATMU GURU !

No comments:

Post a Comment