Thursday, April 21, 2011

aku masih keliru

 assalamualaikum dan salam sejahtera semua...
harap semuanya berada dalam keadaan sihat hendaknya...

eh,knp tetiba ayat aku macam ayt nak tulis surat je ni??formal la pulak cara tulis..huhu
ok,kembali kpd tajuk asal " aku masih keliru "....
apa yg aku keliru??
memang aku keliru sangat2...ye la,SPM dah habis ,result pun dah dpt..dapat result cukup2 makan ja,xcemerlang mana pun tapi,sampai sekarang aku masih keliru dengan hala tuju aku...aku rasa macam xada wawasan dan perancangan ja hidup aku ni...kawan-kawan aku,semua ada cita-cita...tapi aku xbermaksud yang aku xada cita-cita langsung..aku ada cita-cita,cuma aku xtahu macam mana yang perlu aku buat untuk capai cita-cita tuh...

aku minat dengan psikology,sains pemakanan atau pun ekonomi...yang paling aku minat ialah psikology,aku suka sangat benda nih,sbb aku rasa benda nih boleh buatkan aku tenang dan aku boleh selami masalah orang..tapi aku xtahu macam mana aku nak teruskan pengajian dlm bidang tuh...rasa macam aku xleh teruskan dalam bidang tuh...tapi kalau aku nak teruskan juga,aku kena ambil STPM pas2 sambung dlm ijazah psikology...nak buat tuh boleh tapi aku mesti struggle lebih kuat untuk STPM la...

untuk sains pemakanan pulak,aku minat juga pasal2 nak kaji2 ni..jadi aku mohon la berkaitan ni kat IPTA dan juga POLI...aku harap sangat permohonan aku berjaya..jadi xdala aku rasa kecewa sangat sebab xboleh nak teruskan dgn minat aku yang pertama tuh..tapi aku xtahu sama ada peluang pekerjaan dia cerah atau x...

tapi aku minat juga dengan EKONOMI..dari aku mula belajar subjek ni masa form4,aku rasa minat sangat,sebab subjek ni menarik dan senang faham..aku rasa ekonomi ni xla sesukar akaun..cuma ekonomi perlukan banyak pembacaan dan sikit2 berkaitan pengiraan...disebabkan minat,aku ada juga mohon course yg mempunyai sikit2 berkaitan ekonomi kat U....

yang aku keliru sekarang ialah,aku tak tahu kat mana yang aku nak sambung belajar... U , POLI , FORM6....
aku nak sambung form6,tapi aku xpasti sama ada aku boleh bawa atau x subjek form6 tuh..kalau aku masuk form6,aku mungkin amik aliran ekonomi.....

mana yg lebih baik antara DIPLOMA n STPM???..itu yg mengelirukan aku sekarang....

apa-apa pun,aku kena tunggu tawaran UPU la....dan aku jarap aku dapat peluang nak belajar kat IPTA...kalau xdapat aku akn sambung tingkatan 6 la...

mungkin ada rezeki yg lebih baik untuk aku,selepas aku x terpilih untuk temuduga KPLSPM dan SPA...kan ALLAH tuh maha adil...INSYA-ALLAH,semua akn ada rezeki untuk sambung belajar...


sampai sini sahaja cetusan hati aku harini,sbb aku xnak taip panjang2..ni pun dah kira panjang dah..huhu...


                              ~SELAMAT MEMBACA~.....

2 comments:

  1. tunggu dan sabar... jangan terburu2.. insya'allah adalah rezeki tu... semuanya sudah dalam catatan NYA.

    ReplyDelete
  2. tunggu dan terus menuggu..sabar dan terus bersabar,...thank acik..thank sbb sudi jenguk blog yg serabut ni..huhu

    ReplyDelete