Tuesday, December 28, 2010

aktivitiku lps

hai semua,bertemu lagi kita dalam rancangan yg xdapat dikesan apa nama rancangan ni..haha....
           disebabkan semalam aku update blog yg ntah pape smp aku sendiri pun xpaham apa yang aku post semalam....n kawan aku wanmohdryan cakap tatabahasa pun xbetul..haha...jadi mlm ni aku tekad nak tulis betul-betul tanpa kesalahan tatabahasa atau ejaan...kalau ada salah tu minta maaf banyak2 la..hehe..


            hari ini,aku nak cerita tentang aktiviti aku lepas kena serang dengan virus SPM,virus ni bahaya,cuma xbawa maut je..hehe....ok,untuk permulaannya.,lepas sahaja sembuh dari virus SPM 2,aktiviti aku yang pertama ialah bermain-main di alam maya @ bermain internet<maklumat di hujung jari>hehe....aku dah boleh main game puas2..haha..kalau tidak,sebelum ni mesti ada je suara yang terjerit2 "p baca buku,SPM dah xlama","cukup2 la tu main,p baca buku"..kadang2 diriku bermonolog dalaman "ish,apa nak jadi dengan diri aku ni,spm lagi seminggu pun aku main2 lagi","xlulus spm  padan muka","aku ni asik main je,mak ayah ,cikgu semua nak tgk kejayaan aku,apa nak jadi dengan aku ni???"....itulah kata2 yang sering bermain di fikiran ku ketika virus spm menyerang...tapi sekarang aku dah MERDEKA dari terngiang2 kata2 itu di telingaku..huhu

        Aktiviti aku yang seterusnya,aku habiskan lesen L aku yang bersawang 2,macam yang aku cerita dalam blog yang lepas,yang semua xpaham apa yang aku tulis 2..haha...sekarang aku cerita balik..hehe...
ALKISAH,aku ambil lesen moto masa akhir tahun form4,dan aku dapat lesen secara rasminya pada 06/01/2010...tapi aku xsempat habiskan lesen L aku 2,gara2 sibuk dgn SPM,mcm mna nak abiskan,kelas tambahan setiap hari,sibuk pula dgn sukan,kawad dan macam2 la..jadi aku pun tangguhlah sehingga aku habiskan SPM....alhamdulilah aku ada lagi 3 kali latihan sebelum dapat LESEN P..hehe..xsabar2..kalau x,khamis ni dah habis,tapi memandangkan aku belum dapat surat doktor untuk masalah tulang belakang aku 2,aku terpaksa tangguhkan lagi..tapi xpa,dah xlama dah nak abis..hehe...
ha macam mna,paham x cerita aku ???xpaham buat2 paham je la...

        setiap hari aku bermain dgn idea aku,kadang2 idea aku ni gila2,kadang2 idea aku ni boleh guna,kadang2 xboleh guna langsung..haha..aku suka berimaginasi,tapi aku xreti luahkan imaginasi aku 2..nak luahkan dalam lukisAn,aku ni tangan kayu...haha..nak luah dalam penulisan,cetek sikit ilmu mengenai penulisan..hehe...ada orang cakap aku sesuai jadi penulis,,tapi aku rasa macam x...haha..kawan aku yang xberapa nak handsome 2 <wan mohd ryan la>pernah kata,cubalah percaya terhadap diri sendiri,asyik nak rendahkan diri j...hmm,nak buat macam mna dah 2 diri aku..haha...kawan aku fatin,pipah pernah kata yang aku ni lembut sangat,senang orang nak pijak  kepala aku..haha....

       dah2,xlarat nak taip panjang2..cukup la stakat ni..nnt aku tulis lagi..ok...

2 comments: