Thursday, January 20, 2011

CITA-CITAku yang pelbagai

haish,aku pun xtau knp aku suka pilih tulisan warna biru..hmm,mungkin sebab tulisan warna biru ni buat aku tenang kot..
hey,pesal tiba2 aku tulis pasal warna tulisan ni??sah aku dah pening..haha,baru 2 hari xupdate blog,aku dah mengarut dan terkeluar dari tajuk..kalau exam SPM pun,awal2 lagi ckg reject sebab terkeluar tajuk..haha

ok,untuk arini,tiba2 aku teringat nak cerita pasal cita2 aku masa aku kecil sampailah sekarang..sekarang aku dah nak masuk 18 tahun..lagi 4 atau 5 bulan lagi,genaplah umur aku 18 tahun..huhu...
cita-cita ni,kadang2 ada orang dapat capai,ada yg xdapat capai..macam2 kan...jadi,cita2 aku pun macam 2,kadang2 bila teringat balik kisah zaman budak2,boleh tergelak..haha...miss zaman budak2..
sekarang aku nak mula dengan cerita aku..hehe..

masa umur aku 5 tahun
masa umur aku 5 tahun,mama hantar aku pergi tadika..tadika tu nama tadika montessori now dah tukar nama,tapi aku xingat nama apa..haha...masa ni,cita2 aku nak jadi "penyambut tetamu"..haha...sebabnya aku selalu tengok cikgu2 kat tadika 2 selalu sambut budak2 bila budak2 sampai kat tadika..aku rasa macam seronok je buat macam tu..jadi aku pun simpan cita-cita nak jadi penyambut tetamu...

masa umur aku 6 tahun
masa ni,cita-cita aku bertukar lagi...kali ni aku nak jadi pelukis pulak..haha...dari penyambut tetamu bertukar menjadi pelukis,haha..ntah la,kenapa tiba-tiba aku teringin nak jadi pelukis..hmm,mungkin sebab aku tengok,orang yg buat komik,lukisan dia lawa2,jadi dari situla timbul minat nak jadi pelukis..haha..tapi sebenarnya aku ni tangan kayu,xsesuai jadi pelukis..haha..

masa umur aku 10tahun
ha,masa ni,aku dah pun masuk tahap dua kat sek.ren..maka cita-cita aku berubah lagi..hee..kali ni,cita-cita aku memang btl2 tinggi la..haha..cita-cita aku masa 2,nak jadi menteri besar..haha..aku nak jadi MB sebab,aku xnak negeri kelahiran aku,tumbuh hutan liar..bukan apa,masa 2,negara kita gempar dengan kes penculikan kanak-kanak,rogol dan macam2 kes sexual lagi ,sebab 2 la aku xnak ada hutan liar...haha..mmg cita2 tinggi la,tapi aku tau,aku xleh capai cita2 2..huhu...

masa umur aku 12 tahun
jeng..jeng,cita-cita aku bertukar lagi..haha...cuba kawan2 teka aku nak jadi apa pulak??
raja??bukan2..mana boleh jadi raja,aku bukannya pewaris..hehe..kali ni aku nak jadi polis pula..haha..aduh,apala aku ni,dari menteri besar tukar nak jadi polis pula..hmm....aku suka tengok polis,bukan apa,aku tengok,mcm seronok je,polis duk tangkap2 orang pas2 sumbat dalam penjara..haha...buat macam mana masa tu xmatang lagi..haha...lagipun,kan banyak orang jahat,jadi aku nak tolong tangkap penjahat..haha..ohh,betapa mulianya angan2 ku itu..

masa umur aku 15 tahun
masa ni,aku kena hadapi PMR..cita-cita tukar lagi...kali ni,ingat nak tetap terus cita-cita 2..sebab cikgu kata,PMR penentu aliran yg akan kita ambil masa form4...jadi target aku nak jadi cikgu..dan aku xnak ambil subjek ADDITIONAL MATHEMATIC,...punya la aku anti dengan subjek 2..haha...jadi aku target nak masuk kelas sastera,sebab aku minat sastera dan mengarang...tapi apakan daya,lps kept.diumumkan aku xlayak masuk kelas sastera,tetapi cikgu kata aku layak masuk kelas aliran akaun atau sains kejuruteraan..OMG aku terpaksa berhadapan dgn add math...jadi,aku pilih masuk kelas akaun..hee...jumpalah aku dengan akaun,add math,eko,sains tamb..haha....terpaksa2..huhu..

masa umur aku 17 tahun
dah masu kelas akaun,mesti ingat aku nak jadi akauntan kan..ohh,tidak2..aku dah xnak ambil akaun...memang aku rasa,xboleh bawa subjek 2..huhu..payah paham macam 2 la,haha..terbalik pula dgn add math..dulu aku benci add math,sekarang aku suka add math..haha..."tak kenal maka xcinta"..huhu...jadi aku tukar cita2..aku nak jadi cikgu..tapi cikgu kaunseling..kalau xboleh ckg kaunseling ,aku nak jadi pegawai kesihatan...sekarang itula cita-cita aku..haha...xnak jadi akauntan...SERAMMMMM..haha...org kata akaun senang,tapi aku kata akaun payAH..haha..aku lebih sanggup study add math dan ekonomi..hehe...tapi aku juga minat bidang2 psikologi dan kaunseling....

tamatlah kisah cita-cita aku..daripada PENYAMBUT TETAMU kpd PELUKIS..daripada PELUKIS  menjadi MB..dari MB tukar jadi POLIS...dari POLIS tukar jadi CIKGU dan akhir sekali PEGAWAI KESIHATAN atau KAUNSELOR..
     ohh,cita2 zaman kanak-kanak ribena...

  ~TAMAT~2157....

No comments:

Post a Comment